“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM”
Fiqah melepaskan brek dan menekan minyak
perlahan-laha.Roda mula berputar menuju jalan besar.Sambil memandu fiqah
menekan-nekan punat radio,mencari lagu kegemaran sambil diperhatikan teman
baiknya,akhirnya fiqah memilih siaran radio hot fm untuk menemani mereka
sepanjang jalan.
Fiqah atau nama sebenarnya Nur Amirah Safiqah,berusia
29tahun,anak bongsu daripada 3 orang beradik,bapanya berasal dari Sarawak dan
ibunya berasal dari Sabah,namun mereka menetap di Kuala Lumpur,disebabkan
bapanya ditugaskan disana,Fiqah tidak tinggal bersama keluarganya sebaliknya
dia memilih tinggal sendiri sejak tamat pengajian lagi,agar dapat dia belajar
cara hidup berdikari.Fiqah seorang gadis yang berkulit cerah,berwajah bujur
sirih,memiliki senyuman yang menawan dan bermata redup,berketinggian 5 kaki 6
inci,hobinya membaca,warna kegemarannya warna ungu,sifat buruknya tak suka
menunggu,namun dalam cinta dia seorang yang setia.Fiqah mempunyai seorang
sahabat baik bernama Farahlinda.
Lagu “I still love you”berkumandang.Mulut
Fiqah terkumat-kamit mengikut rentak liriknya.
I still love you really love you
Dihatiku hanya kamu
I still love you always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku
Ingatan Fiqah melayang kepada Wan
Syahfariszal,jejaka yang telah mencuri hatinya,kini dirinya diulit kerinduan
pada buah hatinya yang jauh dari pandangan.Tersenyum Fiqah sendiri.Mengenangkan
usia percintaan mereka lagi 3 bulan akan genap 3 tahun.Fikirannya terus
Melayang jauh.
Hoii !! Mengelamunkah ??.Tegur Linda
disebelahnya
“Apa ?”
“Mana ada mengelamun.”Jawab Fiqah tegas
“Macam aku kenal kau baru semalam fiqah.”Linda
ketawa geli hati.
Fiqah merendahkan gear ketika menuruni
bukit.Di kiri kanan lebuh raya dua hala itu berjurang.Dia menumpukan sepenuh
perhatiannya pada jalan raya.Sesekali dia memesong ke lorong sebelah kanan
untuk memotong kenderaan dihadapannya.Sesekali dia terpaksa pula berada di
lorong sebelah kiri untuk memberi laluan kepada kereta mewah yang memecut deras
macam tupai disergah.Hisy,dalam renyai begini pun masih mahu memecut.Dia
menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memerhati kenderaan yang makin jauh
dipandangannya.Fiqah melihat jam ditangan”Hampir sejam juga aku memandu,emm tak
lama lagi sampailah ni”Dibelokkan keretanya ke kanan,kemudian ke kiri,ke kanan
lagi dan terus lurus.Fiqah terus memberhentikan keretanya dilorong paking
paling hadapan,berhampiran restoran.Dipandang kawan baiknya.Fiqah mengeluh.Sambil
kepalanya digelengkan,Hai!! Lin, asal dalam kereta saja mesti tidur,bisik
hatinya.Sambil lembut tangannya mengoyang-goyangkan bahu linda.”Lin bangun lin,
bangun lah kita dah sampai.”Lama fiqah menanti linda terjaga,sempat ditenung
wajah linda.
“Mesti dia penat sangat ini.”Dengan nada
sedikit simpati.
Dikejutkannya sekali lagi,digoyangkan
lembut tubuh linda,
Akhirnya linda terjaga,sambil mengosokkan
matanya.
‘’Kita dah sampai ke??’’tanya linda dalam
keadaan mamai.
“Yea,dah sampai dah ni,tengok depan tu
apa?”Ada nada sindirian dihujung ayat.
Linda terus memandang depan,akhirnya dia
tunduk malu.
“Jom,laparlah lin”Kata fiqah sambil
memegang perutnya.
“Okey jom.” Balas linda
Sambil berjalan seiringan,sesekali dia
dan Linda ketawa melihat gelagat remaja disekitar restoran itu.Restoran yang
berkedudukan jauh dari bandar,terletak berhampiran pantai.Tetap menjadi pilihan
ramai,bagi yang suka pada suasana damai.Salah satu yang menarik tentang
restoran ini,ianya bertemakan hiasan klasik,agak berbeza dengan kebanyakan
restoran,dan tempat ini menjadi salah satu tempat kegemaraan mereka.
Rancak mereka berbual.“Aduh !!”Suara fiqah
kedengaran,seperti menahan sakit,sambil memegang bahu kanannya.
“Awak,maaf”
“Awak.”dengan nada yang marah.namun belum
di lihat wajah dihadapannya.
“Lain kali jalan pandang depan.” Sedikit
geram.
“ApaLah.”Suara linda pula kedengaran.
“Encik kalau jalan guna mata.”Fiqah
menujukkan 2jari dimatanya,tanda dia betul-betul geram dengan jejaka
dihadapannya.Jalan tak reti pandang depan.Nasib bahu i tak patah.marahnya dalam
hati.Kali ini baru mukanya didongak sedikit ke atas,selaras dengan wajah lelaki
dihadapannya.
Dup dap dup dap dup,jantungnya,mata berpandangan,suara
tidak lagi kedengaran.
Kenapa dia harus ku temui.Kenapa
dia,kenapa dia.Bertanya dia sendiri.
Di pandang sebujur wajah yang lama
dicari.Direnung,rindu berputik kembali.Wajah yang sentiasa dinanti kini
dihadapannya.Namun kenapa aku rasa kaku.Syed,memandang lama wajah ayu Fiqah,ada
rindu tersimpan lama.Bukan dia tak mencari,namun gadis itu yang melangkah pergi
tinggalkan dirinya.Tanpa pesanan,tiada lagi pertemuan tamatlah
perhubungan.Syed,mengimbas kembali kenangannya bersama fiqah,gadis yang
dicintai dalam diam.Terakhir pertemuaan mereka 3 tahun yang lepas.Fiqah,gadis
yang dipuja menghilangkan diri sejak dia meluahkan rasa cintanya.Fiqah menolak
cintanya tanpa memikirkan perasaannya.Masih terkilan dihatinya,namun tetap
kental rasa cintanya,tak pernah berubah walau dia menyepikan diri.Wanita itulah juga
dihatinya.
“Ma a,Maaf.”Sedikit gagap syed.Sambil
matanya memandang fiqah.“Maafkan saya,Nur Amirah Safiqah.”
Aikkkkk,kenal ke ??.”Pertanyaan bermain
diminda linda.
Diam.Linda bertambah pelik.
“Maafkan saya.”Lafaz syed sekali
lagi.Dengan wajah penuh mengharap.
“Emmmmm,ya okey.”
Hanya itu saja mampu Fiqah lafazkan.Sebenarnya
dia kaku bertemu dengan Syed.Ada rasa bersalah mula menghuni dihatinya.Bukan
kerana pertemuan ini.Tapi dirinya dibelengu rasa salah pada kejadian antara
mereka 3 tahun lepas.
“Awak Maafkan saya Nur Amirah Syafiqah??.”Syed
menyebut pelahan nama itu.
Dup dap dup dap dup,jantung berdebar laju
lagi.Terusik bila namanya dipanggil,hanya lelaki itu saja yang memanggilnya
begitu.
Mata berpandangan lagi.Fiqah gelisah
sendiri.
“Ya,saya maafkan awak,Syed Amirul
Shah”Seakan kelu lidahnya menyebut nama itu.
“Kenal ke?.”Linda mula menyapa.
“Emm Kenal”.Serentak kedua-duanya
menjawap.
Kalau dah kenal jom join sekali,tak akan
kita nak terpacak ditengah jalan ne.ada nada sindiran linda dihujung ayat.
“Jom.”
“Emmm,jomLah.”Akhirnya mereka mula melangkah,menuju
ke pintu masuk restoran.
Duduk bertiga disudut hujung restoran,kedudukan
itu tetap menjadi pilihan tiap kali mereka ke sana.Tapi hari ini agak
berbeza,selalunya berdua,tapi kali ini bertiga.
Fiqah menyukai strategi meja itu yang
bertentangan dengan laut,dan paling digemarinya,datang ke sana tika
senja,kerana dapat melihat matahari terbendam.
Semua diam.Sambil menanti pelayan
mengambil pesanan mereka.
Emmmmm,Kenapa mesti ada lagi pertemuan?.Kenapa
mesti aku bertemu dengannya hari ini.
Kenapa hari ini.Emmm.Keluh fiqah dalam
hati,merasakan hari ini agak malang buatnya.
Dia mendongakkan wajahnya ke atas,yang
sejak tadi memandang lantai.Sambil curi menatap wajah Syed.Dia tetap tak
berubah laku.Dia tetap seperti selalu sama seperti 3 tahun lalu.Cuma,Yang
berubah wajahnya,dulu kelihatan seperti keanakan,tapi kini wajahnya penuh
kematangan.
Dia meneliti lagi setiap sudut wajah
itu.Kali ini matanya tertumpu pada seulas bibir milik syed.Masih kelihatan
merah,mungkin disebabkan dia tidak merokok.Direnungnya lagi,lalu
tersenyum.Dulu,dia suka melihat syed senyum,kerana tiap kali syed senyum pasti
akan menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipinya.Hingga menampakkan kecomelan
syed.
Fiqah tertunduk malu.Syed tersedar
diperhatikan.
“Selamat petang.”Sapa pelayan restoran
itu.
“Selamat petang.”Serentak mereka menjawab.
“Order ??.”Mereka pun memesan makanan
masing-masing
Selesai pesanan makanan
“Emmmm”.Linda mulakan bicara.“Dah lama
kenal ?.”Tanya linda.
“Kami sebetulnya kawan lama,kenal sewaktu
study dulu.Jawab syed.”
“Ohhh.Kawan lama.”
“Fiq,Fiqah.Kenapa diam je ne?.Tak
sihatkah ?.”Sapa linda lembut pada fiqah,hatinya sedikit resah melihat Fiqah
senyap saja.
Apa sebenarnya yang terjadi antara mereka
ini,tanya linda dalam hati sambil memerhati insan yang duduk semeja dengannya.
“Fiqah”. Linda memanggil “Yah saya
Lin.”Jawab fiqah.
Belum sempat linda bertanya makanan pun
sampai seperti mana yang di order.
Dia,tetap ayu,masih juga permalu masih
tak berubah laku.Dia,Masihkah nakal
seperti dulu,atau sudah hilang sifat itu.Berbagai pertanyaan melanda
minda syed.
Aku harap sifat nakal dan ceria itu masih
kekal seperti selalu,kerana sifat itulah yang membuat hari suramnya menjadi ceria,dan dalam nakalnya tetap
menampakkan sifat manjanya.Hingga mampu membuat hatinya bergetar hebat.Dan disitulah
hatinya terpikat.
Dup dap dup dap dup.Laju jantungnya
berdegup.Akhirnya dia hanyut melayani perasaan sendiri.Melayang mindanya pada
kenangan lalu.
“Jom Makan .”
“Emmm” Tersedar Syed dari lamunan.“Ok jom
makan.”
“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.”
“Allaahumma
baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar.Amin.”
Selesai bacaan doa makan,mereka mula
menjamu selera,sambil menikmati lagu yang diputarkan oleh pemilik restoran itu.
Susana terus sunyi.Fiqah membisukan
diri.Syed Memandang sepi.Linda memerhati keliru sendiri”.
Fiqah,disebut nama itu dalam hati.Wajah mu
tak pernah berubah.Perasaan ini tak pernah ku ubah.
Rasa gelora melanda jiwa,getaran dihatinya
mula terasa.Syed,membiarkannya.Lalu ditundukkan pandangannya,tersenyum kelat
dihujungbibir.Sambil hatinya bicara sendiri.
Wajah
ini,selalu hadir
tika rindu.Wajah ini,selalu temani kala keliru
Wajah ini,yang membuat hatiku terasa pilu.Namun,wajah
inilah yang ku harap hadir selalu.
Hanya
kerana sebujur wajah mu.Ada rasa berbau gundah,ada getaran berbisik resah.
Tapi hakikatnya ia tetap indah.Seindah ciptaan mu
Ya Allah.Nur Amirah Safiqah I REALLY MISS YOU.Jeritnya dalam hati.
Senyum sendiri Syed melihat gelagat 2 wanita dihadapannya.Sambil
menikmati makanan dengan lagu saling berganti dimainkan,membuatkan hati mereka
rasa damai.Suasana sunyi hanya lagu yang kedengaran,kali ini lagu diputarkan
mengusik dua jiwa,bergetarnya dua hati.Lagu yang dulu pernah didendangkan syed untuk
fiqah.Betapa Aku Cinta PadaMu.Nyanyian Afgan Kini berkumandang.
Syed dan fiqah berpandangan.Ada cerita disebalik lagu yang berkumandang.
Dihati ini hanya
dirimu
Yang aku sayang,yang aku rindu
Setiap saat,setiap waktu
Ku ingin engkau selalu ada disisiku
Izinkan aku kucup kening mu,izinkan aku peluk diri mu,izinkan aku hadir di
dalam mimpimu
Betapa aku cinta padamu,betapa aku ingin diri mu
Yang kan menjadi bahagian dari hidup ku,Oh..kasih...
Habis sahaja lagu,Fiqah
kaku.Syed membisu.Linda memandang terkedu.Mereka ini ada apa-apa ke?.Kenapa aku
rasa semacam ini.Bisik Linda dihatinya.“Aiysss.”Akhirnya keluh kuar dibibir Linda,rasa
tak puas hati dengan keadaan yang dilihatnya.Sejak dengar lagu tadi Fiqah jadi
tak keruan.Syed menyedari keadaan,cuba berkelakuaantenang,sedang dalam hati
bergelora hebat,kerana ada rasa malu,rasa rindu,danrasa kasih yang masih
mendalam terhadap wanita itu.Malunya masih terasa walaupun setelah 3 tahun berlalu.Setelah
dia meluahkan rasa cintanya pada Fiqah.Dan saat itu juga menjadi saat terakhir
pertemuan antara mereka.Fiqah,menolak cintanya dan berlalu pergi membawa diri,membiarkan
dirinya terkapai sendiri.Rasa kecewa yang teramat waktu itu sukar digambarkan.Mujur
saja waktu itu sudah tamat pengajiaan kalau tak memang gagal terus nampak
gayanya.Tersenyum kelat syed terkenang saat itu.
Fiqah kaku dalam
bisu,sememangnya ia malu,bila teringat saat Syed meluahkan rasa cintanya
melalui lagu.Selesai sahaja menyanyi.Syed,duduk ditepi Fiqah lalu meluahkan
rasa cintanya.Fiqah, sedikit terkejut.Memang selama ini mereka sangat rapat,dimana-mana,kemana-mana
mesti berdua,kerana fiqah menganggap syed adalah temanbaiknya,tika susah
mahupun senang sentiasa bersamanya.Tapi tak didugaselama ini syed menyukai
dirinya lebih dari seorang kawan.Dengan perasaan sedikit geram.Fiqah tanpa
berfikir terus menolak cinta Syed.Sejak dia menolak cinta Syed,diaterus berlalu pergi,jauh
dari hidup syed tanpa tinggalkan sebaris pesan hingga dirinya sukar dijejak.Beberapa
bulan telah berlalu,mereka kian terpisah jarak dan waktu,tanpa ada pertemuan
yang berlaku.Tapi disudut hati kecil fiqah kekadang merindui,sambil bicara
sendiri.Syed,sehari
tanpa suara muaku rindu,sehari tanpa muaku kaku,aku perlu kamuselalu bersama ku,tiap
tika dan waktuada disisi ku,hanya aku perlu kamuuntuk ceriakan hari ku.Syed aku
rindu kamu.Walaupuan kau memang aku rindu,namun menyintaimu aku tak mampu.Kerana
aku bukan siapa-siapa dalam hidup mu,aku ini sahabat baikmu,maafkan aku menolak
cintamu,sesungguhnya aku tak mahu kehilangan sahabat baik sepertimu.Berkali dikatakannya
dalam hati.Selama 3 tahuntak bersua,dia mampu lupakan segalanyanya.Tapi kini kenapa
dia muncul lagi.Saat aku sudah relakan kenangan untuk pergi.Fiqah,terus kaku dibuai
mimpi,minda terus melayang ke dunia fantasi.
Linda
melihat dua insan yang duduk semeja dengannya diam seribu bahasa,lalu dia
memulakan bicara.”Syed dengan fiqah dah kenal lama ke?.Tengok macam dah kenal
lama je.”Tanya linda.
Fiqah Yang
tengah minum air tersedak.
“Aik.Fiqah
sampai tersedak-sedak ne kenapa.”Ada nada berbau sindir.“Pelik.”
Ada
apa dengan mereka ini.Berfikir linda sendiri makin keliru dengan keadaan yang
dilihatnya.Setahunya selama 3 tahun dia berkawan dengan fiqah,tak pernah
didengar fiqah menyebut nama Syed Amirul Shah.Yang dia tahu kekasih kawannya ni
nama nya Wan SyahFariszal.
Timbul
tanda tanya dihatinya,jika mereka kawan lama,kenapa tak pernah aku dengar fiqah
cerita tentangnya. Apa sebenarnya hubungan fiqah dengan syed.Linda keliru,tanda
soal dimindanya.”
Agak
lama linda menanti balasan pada soalan yang diajukan.Akhirnya syed menjawap.”Sebenarnya
kita berdua dah kenal lama dah.Sejak dari study lagi,kami sememangnya kawan
karib sewaktu belajar dulu.Selepas habis belajar kami masing-masing bawa
haluan.Terus perhubungan terhenti, masing-masing sibuk kan.Ya lh da habis
belajar kena cari kerja untuk teruskan kehidupan.”Jawap syed sambil
tersenyum,hingga menampakkan lesung pipitnya.Linda memerhati dan meneliti wajah
syed,dalam hati Linda memuji memang sangat comel bila dia senyum.Linda sengaja
bertanya dengan Fiqah”.Betulkah fiqah kau dengan syed ne kawan baik ?.Tapi napa
kau tak pernah cite erkkk.”Fiqah hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan linda.Syed
lalu bersuara.”Linda bukan dia tak nak cerita cuma belum masanya tiba untuk dia
bercerita.Tak pun,mungkin dia dah lupa siapa ,Syed Amirul Shah.”Fiqah rasa bagai
nak lari,dengar ayat syed.Namun dikawal wajahnya agar kelihatan tenang.Kata
orang,biar dalam hati gelora,asal wajah tetap bersahaja.Berkata fiqah dalam
hati.Linda hanya tersenyum lalu memandang fiqah.Bisiknya dihati baik aku
biarkan diorang berdua.Mesti fiqah segan nak cerita kalau aku ada bersama.Linda
berdiri terus berlalu meninggalkan Syed dan Fiqah berduaan,alasanya nak
berjalan ditepi pantai.
“Nur
Amirah Safiqah.”Dengan suara yang lembut.Syed mulakan bicara.
“Dah
berapa lama kita tak jumpa,sihat ke ??.Nur Amirah Safiqah awak sudah berkahwin.”Sambil
menatap dalam ke anak mata fiqah.”
“Ya memang
lama dah kita tak berjumpa Syed Amirul Shah.”Sengaja fiqah menyebut nama
penuhnya.”Saya seperti mana awak lihat sekarang sihat dan sentiasa sihat,amin.Dan
saya masih belum berkahwin.Tapi InsyaAllah dalam perancangan.”Jawab Fiqah.Syed
yang mendengar berubah wajah,fiqah menyedarinya.Lalu berbisik dihatinya,Masih
cintakah dia pada aku??.Tak akan kot dah 3 tahun berlalu.Tak akan dia setia
menanti aku.Mesti dia dah ada seseorang disisi.Sama seperti aku ada Wan
Syahfariszal.Sambil tersenyum dia menyebut nama insan yang dirindunya itu.
Fiqah
terus diam sambilmenunggu syedbicara sesuatu.Agak lama baru kedengaran suara
syed.
“Benarkah
nak kahwin ?.”Tanya syed sambi dikawal nadanya, agar tak getar bunyinya.
Sesungguhnya
ada sedikit rasa kecewa dihatinya,kerana selama ini dia hanya mencintai fiqah.Rindu
serta sayangnya hanya buat insan dihadapannya ini.Puas dia mencari namun baru
hari ini dia temui.Disangkakan pertemuan ini akan memberi peluang padanya.Namun
sayang insan yang dinanti akan menjadi milik orang lain.Tersenyum kelat
akhirnya terukir.Tapi dia mampu mengawalnya.Dalam hati syed berbicara sambil
direnung wajah fiqah yang memandang matahari terbenam.Nur Amirah Safiqah
andainya kau tahu tiap malam ku berdoa agar tuhan pertemukan kita,dan akhirnya
doa ku termakbul.Tuhan telah pun temukan kita,aku bersyukur kepadanya kerana
aku masih dapat melihat kau tersenyum.Namun kau tetap bukan milik ku,Nur Amirah
Safiqah.Kerana engkau aku sayang,aku lepaskan,aku bebaskan kau dari rasa cinta
dijiwa ini untuk kau bina kebahagian bersama dia.Moga nanti engkau selalu
bahagia bersamanya.Meski berat dihatinya untuk melepaskan rasa cinta yang telah
lama terbina.Tapi dia sedar cinta fiqah bukan milikinya.Fiqah berhak memilih
kebahagiannya.Syed mengakui hakikat mencintai tak semestinya memiliki.
“InsyaAllah
ya.”Jawap fiqah pelahan.”Tapi masih dalam perancangan,doakan yang terbaik untuk
saya.”Pinta fiqah pada syed.Syed diam tersenyum suram,pantas menjawab.
“ InysaAllah
saya doakan yang terbaik untuk kebahagiaan mu Nur Amirah Safiqah.Kalau rasa
sudi jemputlah saya hadir ke majlis itu
nanti.”Bicara syed sedikit gurau.
Fiqah
tersenyum sambil ketawa.”Baik Syed jangan risau nanti saya jemput
ya.Mudah-mudahlah dipermudahkan segalanya,Amin.”
Diam
lagi seketika dan kali ini Fiqah pula yang memulakan bicara.
“Syedpula
dah kahwin ke belum ne?.”Datang sini dengan siapa syed ?”.Syed tersenyum lalu
menjawab.”Saya single lagi lah,belum
kahwin pun,ala tak ada siapa yang nakkan saya.”Dengan nada bergurau.”Fiqah
tertawa lalu menjawap.“Tipulah muka hensem macam artis,tak akan tak ada orang
nak”.
“Emmmm
sudah lama tak dengar awak ketawa Nur Amirah Safiqah.Rindu saya pada gelak tawa
yang duluselalu membuat hidup saya ceria”.Sepantas kilat tawa fiqah berhenti.Bila
dengar syed berkata begitu.Senyap seketika,Ada sesuatu bermain diminda
syed.Hati kecilnya memberontak kuat agar dia meluahkan rasa cinta dan rindunya pada fiqah.Meskipun ia
tahu,bila dia meluahkan pasti fiqah menolaknya kerana fiqah sudah berteman.Tapi
hatinya ingin juga mengatakan apa perasaan nya selama 3 tahun,dia mencari
wanita yang ada didepannya kini.
“Nur
Amirah Safiqah”.Syed memanggil lembut namanya.Fiqah terasa ada sedikit debar didadanya.Makin
syed hampir dengannya makin berdebar hebat dirasakannya.
“Nur
Amirah Safiqah.”Disebutnya lagi nama itu.Fiqah sedikit terkejut namun pantas
menjawap.
“Ya saya syed”.
Syed diam
agak lama mencari kekuatan untuk melepaskan segala yang terbeku dihatinya.
Fiqah menyebut nama syed berulang kali.Syed baru
tersedar fiqah memanggilnya.Pantas menjawap.
“Ya Saya”.
“Syed ada apa-apa nak kata ke.?Kalau tak ada
apa-apa lagi saya nak gerak balik ne”.Kata fiqah pada syed.Sambil berdiri ingin
melangkah pergi.Namun pantas syed menyambar lengan fiqah.
“Nur
Amirah Syafiqah tunggu sebentar.Saya ada sesuatu nak kata pada awak.”
“Sebenarnya”
“Sebenarnya
apa”.
“Sebenarnya.”Bagai
tak terkeluar suara syed.
“Emmmm..”
“Sebenarnya
apa.Dari tadi asyik sebenarnya,sebenarnya.Sebenarnya apa.”Luah fiqah sedikit
geram.
“Sebenarnya
Saya sedikit kecewa bila saya dengar awak dah nak kahwin.Namun apa daya saya
nak menghalang takdir tuhan.”Syed kaku namun tetap meneruskan bicaranya.Fiqah
terkedu mendengar.”Sebenarnya Nur Amirah Safiqah saya masih sama seperti 3
tahun lalu.Perasaan saya masih sama seperti dulu.Sayang saya pada awak masih
seperti selalu.Tak pernah saya biar ia berubah,walau ramai yang datang mencuba
menghampiri saya hanya untukmemilik hati ini.Namum hati ini hanya milik mu.Biarpun
awak tinggalkan saya,biarpun awak tolak cinta saya,namun saya tak mampu menutup
hati saya untuk melupai mu.Kerana kau satu-satunya wanita yang ku harap menjadi
pendamping hidup ku.Selama 3 tahun aku tak pernah berhenti berdoa agar kita
dipertemukan dan selama 3 tahun juga aku tak pernah berhenti mencari mu.Dan
kini doa ku termakbul tuhan tunaikan pemintaan aku dan hari ini kita bertemu.Sesungguhnya
perasaan ini hanya tuhan memahami.”Fiqah memandang syed tanpa kelip,hatinya
bagaikan tak percaya namun tetap hatinya terusik dengan kata-kata syed.Benarkan
dia sungguh-sungguh mencintai aku.Fiqah terus menatap wajah syed yang sedang
berbicara,namun syed tetap tunduk memandang lantai.
Dia
tak mampu bertentang mata lagi dengan fiqah.Syed meneruskan lagi bicaranya.
“Nur
Amirah Safiqah maafkan Syed terpaksa meluahkan segala rasa ini.Bukannya
mengambil kesempatan namun hanya ingin awak tahu apa yang ada dihati ini.Tapi
jangan risau kerana saya tak akan merampas kebahagian orang yang saya sayang.Syed
doa semoga kebahagiaan itu akan kekal selamanya bersama mu.”Fiqah mendengar
bagaikan nak menitiskan air mata.Uik apa kena dengan aku ne.Kenapa aku nak
menanggis pula.Bukankah aku tak cintakan dia kenapa aku perlu terusik dengan
kata-katanya.Bermain kata fiqah dalam hati.
Syed
Amirul Shah ditenungnya wajah itu.Tiada lagi senyum terukir dibibirnya.Fiqah
meneruskan bicaranya.
“Syed
terima kasih.”
“Untuk.”Tanya
syed.
“Terima
kasih mencintai,terima kasih menyanyangi,dan terima kasih selalu berdoa untuk
diri ini.Mungkin hubungan kita sudah tertulis sebagai sahabat baik.Dan sejujurnya
aku gembira kau adalah yang terbaik pernah hadir dalam hidup ku.Terima Kasih Syed
Amirul Shah.Kerana sepanjang di pengajian kau selalu ada bersama ku,suka dan
duka tetap ada tiap waktu.Kaulah sahabat ku yang sejati.Terima kasih”.Fiqah
akhiri bicaranya.
Syed menjawap”Sama-sama
kasih Nur Amirah Safiqah”.
“Awak”Syed
memanggilnya.
“Saya
Syed”.Fiqah menjawap laju.
“Awak
saya ada nak tanya ini.Kata syed pada fiqah,
“Tanyalah,apa
dia ?”.
“Saya.”Tergagap-gadap
syed berkata.
“Saya
apa syed ?.”
“Saya
nak tanya.Sekiranya takdir tuhan.Kalau kita bertemu sekali lagi dan waktu itu
awak keseorangan.Sudikah nanti awak menjadi pendamping hidup saya untuk selamanya”.Tanya
syed dengan nada yang lemah.Namun penuh pengharapan.Lama fiqah membisu
memikirkan ayat untuk membalas pertanyan syed.Akhirnya Fiqah menjawab“.Seandainya
tuhan takdirkan jodoh kita berdua.Memang kita kan tetap bersama.Dan seandainya
memang itulah takdir kita berdua InysaAllahFiqah terimanya dengan hati
terbuka”.Syed mendengar tersenyum kelat kerana ia pasti segalanya mungkin tak
akan terjadi,kerana hati fiqah sekarang sudah dimiliki.Namun syed tetap
bersyukur dengan jawapan yang fiqah berikan.Syed menatap jam ditangan,lalu
memohon meminta diri dulu.Kerana dah terlalu lewat takut nanti dia terlambat
membuatkan ibunya ternanti-nanti.
“Nur
Amirah Safiqah saya memohon maaf,sekiranya selama ini saya pernah berkasar
bahasa atau ada kata menguriskan hati awak.Saya juga doakan awak bahagia selalu sambil memberi sekeping
kertas yang tertulis nama dan no telefonnya.Ini no telefon syed,kalau rasa sudi
nak jemput syed ke majlis itu mesej saja ya”.Fiqah senyum kelat.Syed berdiri
dan terus menuju ke kaunter pembayaran,selesai membayar syed terus tinggalkan
restoran.
Agak
jauh sudah syed dari restoran.Tiba-tiba fiqah mengejarnya.Fiqah memanggil nama syed.
“Syed,Syed”.
“Syed.”Menyedari
ada orang memanggilnya lalu berhenti dan berpaling.Dia melihat fiqah belari-lari
anak ke arahnya.Dengan wajah sedikit terkejut syed bertanya.
“Ada
apa Nur Amirah Safiqah?”.
“Saya”.
“Kenapa
??.”Tanya syed.
“Saya”.Tergagap-gagap
fiqah berkata,terdiam seketika.Fiqah menarik nafas dalam dalam lalu
dihembusnya.Dan kini fiqah dah sedia nak berkata.
“Kenapa
Nur Amirah Safiqah?”.Sekali lagi syed bertanya sambil direnung dalam anak mata
fiqah.
“Saya
nak awak bahagia.Saya nak lihat awak bahagia Syed,saya nak awak cuba bukakan
hati awak untuk wanita lain.Percayalah ada wanita yang ditakdirkan untuk mu
diluar sana.”Syed yang mendengar hanya mampu tersenyum.Sambil menjawap.”Hati
ini ku serahkan segalanya pada tuhan.Andai ditakdir tuhan membuka hati ini untuk
dimiliki insan lain selain diri mu.Ku terima seadanya kerana siapa kita nak
menghalang takdir tuhan”.
“Apapun
terima kasih Nur Amirah Safiqah.InysaAllah ada jodoh bertemu kita lagi”.Sambil
digosok lembut kepala fiqah yang berbalut tudung.Syed terus berlalu hilang dari
pandangan fiqah.
Fiqah
hanya memandang syed yang makin hilang dari pandangan dengan sebuah perasaan
yang sukar ditafsir.Selepas melihat syed sudah hilang dari pandangan,fiqah terus
berjalan menuju ke keretanya,dihidupkan enjin sambil dia menanti Linda tiba.Fiqah
hanya tinggalkan pesanan sms pada Linda yang dia menanti didalam kereta.Fiqah
mengeluh sambil memejamkan matanya,ada perasan yang tak dapat difahami melanda
dirinya.Fiqah terus membiarkan matanya terpejam dan dibiar dirinya bagai
diawangan.Tak lama kemudian fiqah tersedar pintu kertanya terbuka,dia yakin itu
Linda.Lindasampai terus duduk sambil tersengih-sengih melihat fiqah.
“Fiqah.”
sebut linda,
“Apa.”
“Mana syed
?.Comel syed tu fiqah.”Fiqah hanya diam bagai tak mendengar pertanyaan
linda.Linda menyedari perubahan sifat fiqah terus membatukan diri.Kerana dia
faham sangat sifat kawannya tu,kalau dah diam membisu baik jangan ditanya.Kalau
ditanya lagi meletupmarahnya nanti lagi parah.Senyum linda sendiri sambil memandangfiqah
disebelahnya.Namun masih sama keadannya.
Emmmm
alamatnya kalu gini baik aku tidur lagi bagus.Bicara linda sendirinya.Sambil
tersengih.