Sunday, 2 June 2013

Jika Itu TakdirNya ( 1 )



“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM”
Fiqah melepaskan brek dan menekan minyak perlahan-laha.Roda mula berputar menuju jalan besar.Sambil memandu fiqah menekan-nekan punat radio,mencari lagu kegemaran sambil diperhatikan teman baiknya,akhirnya fiqah memilih siaran radio hot fm untuk menemani mereka sepanjang jalan.

Fiqah atau nama sebenarnya Nur Amirah Safiqah,berusia 29tahun,anak bongsu daripada 3 orang beradik,bapanya berasal dari Sarawak dan ibunya berasal dari Sabah,namun mereka menetap di Kuala Lumpur,disebabkan bapanya ditugaskan disana,Fiqah tidak tinggal bersama keluarganya sebaliknya dia memilih tinggal sendiri sejak tamat pengajian lagi,agar dapat dia belajar cara hidup berdikari.Fiqah seorang gadis yang berkulit cerah,berwajah bujur sirih,memiliki senyuman yang menawan dan bermata redup,berketinggian 5 kaki 6 inci,hobinya membaca,warna kegemarannya warna ungu,sifat buruknya tak suka menunggu,namun dalam cinta dia seorang yang setia.Fiqah mempunyai seorang sahabat baik bernama Farahlinda.

Lagu “I still love you”berkumandang.Mulut Fiqah terkumat-kamit mengikut rentak liriknya.
I still love you really love you
Dihatiku  hanya kamu
I still love you always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku

Ingatan Fiqah melayang kepada Wan Syahfariszal,jejaka yang telah mencuri hatinya,kini dirinya diulit kerinduan pada buah hatinya yang jauh dari pandangan.Tersenyum Fiqah sendiri.Mengenangkan usia percintaan mereka lagi 3 bulan akan genap 3 tahun.Fikirannya terus Melayang jauh.
Hoii !! Mengelamunkah ??.Tegur Linda disebelahnya
“Apa ?”
“Mana ada mengelamun.”Jawab Fiqah tegas
“Macam aku kenal kau baru semalam fiqah.”Linda ketawa geli hati.

Fiqah merendahkan gear ketika menuruni bukit.Di kiri kanan lebuh raya dua hala itu berjurang.Dia menumpukan sepenuh perhatiannya pada jalan raya.Sesekali dia memesong ke lorong sebelah kanan untuk memotong kenderaan dihadapannya.Sesekali dia terpaksa pula berada di lorong sebelah kiri untuk memberi laluan kepada kereta mewah yang memecut deras macam tupai disergah.Hisy,dalam renyai begini pun masih mahu memecut.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil memerhati kenderaan yang makin jauh dipandangannya.Fiqah melihat jam ditangan”Hampir sejam juga aku memandu,emm tak lama lagi sampailah ni”Dibelokkan keretanya ke kanan,kemudian ke kiri,ke kanan lagi dan terus lurus.Fiqah terus memberhentikan keretanya dilorong paking paling hadapan,berhampiran restoran.Dipandang kawan baiknya.Fiqah mengeluh.Sambil kepalanya digelengkan,Hai!! Lin, asal dalam kereta saja mesti tidur,bisik hatinya.Sambil lembut tangannya mengoyang-goyangkan bahu linda.”Lin bangun lin, bangun lah kita dah sampai.”Lama fiqah menanti linda terjaga,sempat ditenung wajah linda.
“Mesti dia penat sangat ini.”Dengan nada sedikit simpati.
Dikejutkannya sekali lagi,digoyangkan lembut tubuh linda,
Akhirnya linda terjaga,sambil mengosokkan matanya.
‘’Kita dah sampai ke??’’tanya linda dalam keadaan mamai.
“Yea,dah sampai dah ni,tengok depan tu apa?”Ada nada sindirian dihujung ayat.
Linda terus memandang depan,akhirnya dia tunduk malu.
“Jom,laparlah lin”Kata fiqah sambil memegang perutnya.
“Okey jom.” Balas linda
Sambil berjalan seiringan,sesekali dia dan Linda ketawa melihat gelagat remaja disekitar restoran itu.Restoran yang berkedudukan jauh dari bandar,terletak berhampiran pantai.Tetap menjadi pilihan ramai,bagi yang suka pada suasana damai.Salah satu yang menarik tentang restoran ini,ianya bertemakan hiasan klasik,agak berbeza dengan kebanyakan restoran,dan tempat ini menjadi salah satu tempat kegemaraan mereka.
Rancak mereka berbual.“Aduh !!”Suara fiqah kedengaran,seperti menahan sakit,sambil memegang bahu kanannya.
“Awak,maaf”
“Awak.”dengan nada yang marah.namun belum di lihat wajah dihadapannya.
“Lain kali jalan pandang depan.” Sedikit geram.
“ApaLah.”Suara linda pula kedengaran.
“Encik kalau jalan guna mata.”Fiqah menujukkan 2jari dimatanya,tanda dia betul-betul geram dengan jejaka dihadapannya.Jalan tak reti pandang depan.Nasib bahu i tak patah.marahnya dalam hati.Kali ini baru mukanya didongak sedikit ke atas,selaras dengan wajah lelaki dihadapannya.
Dup dap dup dap dup,jantungnya,mata berpandangan,suara tidak lagi kedengaran.
Kenapa dia harus ku temui.Kenapa dia,kenapa dia.Bertanya dia sendiri.
Di pandang sebujur wajah yang lama dicari.Direnung,rindu berputik kembali.Wajah yang sentiasa dinanti kini dihadapannya.Namun kenapa aku rasa kaku.Syed,memandang lama wajah ayu Fiqah,ada rindu tersimpan lama.Bukan dia tak mencari,namun gadis itu yang melangkah pergi tinggalkan dirinya.Tanpa pesanan,tiada lagi pertemuan tamatlah perhubungan.Syed,mengimbas kembali kenangannya bersama fiqah,gadis yang dicintai dalam diam.Terakhir pertemuaan mereka 3 tahun yang lepas.Fiqah,gadis yang dipuja menghilangkan diri sejak dia meluahkan rasa cintanya.Fiqah menolak cintanya tanpa memikirkan perasaannya.Masih terkilan dihatinya,namun tetap kental rasa cintanya,tak pernah berubah walau  dia menyepikan diri.Wanita itulah juga dihatinya.
“Ma a,Maaf.”Sedikit gagap syed.Sambil matanya memandang fiqah.“Maafkan saya,Nur Amirah Safiqah.”
Aikkkkk,kenal ke ??.”Pertanyaan bermain diminda linda.
Diam.Linda bertambah pelik.
“Maafkan saya.”Lafaz syed sekali lagi.Dengan wajah penuh mengharap.
“Emmmmm,ya okey.”
Hanya itu saja mampu Fiqah lafazkan.Sebenarnya dia kaku bertemu dengan Syed.Ada rasa bersalah mula menghuni dihatinya.Bukan kerana pertemuan ini.Tapi dirinya dibelengu rasa salah pada kejadian antara mereka 3 tahun lepas.
“Awak Maafkan saya Nur Amirah Syafiqah??.”Syed menyebut pelahan nama itu.
Dup dap dup dap dup,jantung berdebar laju lagi.Terusik bila namanya dipanggil,hanya lelaki itu saja yang memanggilnya begitu.
Mata berpandangan lagi.Fiqah gelisah sendiri.
“Ya,saya maafkan awak,Syed Amirul Shah”Seakan kelu lidahnya menyebut nama itu.
“Kenal ke?.”Linda mula menyapa.
“Emm Kenal”.Serentak kedua-duanya menjawap.
Kalau dah kenal jom join sekali,tak akan kita nak terpacak ditengah jalan ne.ada nada sindiran linda dihujung ayat.
“Jom.”
“Emmm,jomLah.”Akhirnya mereka mula melangkah,menuju ke pintu masuk restoran.

Duduk bertiga disudut hujung restoran,kedudukan itu tetap menjadi pilihan tiap kali mereka ke sana.Tapi hari ini agak berbeza,selalunya berdua,tapi kali ini bertiga.
Fiqah menyukai strategi meja itu yang bertentangan dengan laut,dan paling digemarinya,datang ke sana tika senja,kerana dapat melihat matahari terbendam.
Semua diam.Sambil menanti pelayan mengambil pesanan mereka.
Emmmmm,Kenapa mesti ada lagi pertemuan?.Kenapa mesti aku bertemu dengannya hari ini.
Kenapa hari ini.Emmm.Keluh fiqah dalam hati,merasakan hari ini agak malang buatnya.
Dia mendongakkan wajahnya ke atas,yang sejak tadi memandang lantai.Sambil curi menatap wajah Syed.Dia tetap tak berubah laku.Dia tetap seperti selalu sama seperti 3 tahun lalu.Cuma,Yang berubah wajahnya,dulu kelihatan seperti keanakan,tapi kini wajahnya penuh kematangan.
Dia meneliti lagi setiap sudut wajah itu.Kali ini matanya tertumpu pada seulas bibir milik syed.Masih kelihatan merah,mungkin disebabkan dia tidak merokok.Direnungnya lagi,lalu tersenyum.Dulu,dia suka melihat syed senyum,kerana tiap kali syed senyum pasti akan menampakkan lesung pipit di kedua-dua pipinya.Hingga menampakkan kecomelan syed.
Fiqah tertunduk malu.Syed tersedar diperhatikan.
“Selamat petang.”Sapa pelayan restoran itu.
“Selamat petang.”Serentak mereka menjawab.
“Order ??.”Mereka pun memesan makanan masing-masing
Selesai pesanan makanan
“Emmmm”.Linda mulakan bicara.“Dah lama kenal ?.”Tanya linda.
“Kami sebetulnya kawan lama,kenal sewaktu study dulu.Jawab syed.”
“Ohhh.Kawan lama.”
“Fiq,Fiqah.Kenapa diam je ne?.Tak sihatkah ?.”Sapa linda lembut pada fiqah,hatinya sedikit resah melihat Fiqah senyap saja.
Apa sebenarnya yang terjadi antara mereka ini,tanya linda dalam hati sambil memerhati insan yang duduk semeja dengannya.
“Fiqah”. Linda memanggil “Yah saya Lin.”Jawab fiqah.
Belum sempat linda bertanya makanan pun sampai seperti mana yang di order.
Dia,tetap ayu,masih juga permalu masih tak berubah laku.Dia,Masihkah nakal  seperti dulu,atau sudah hilang sifat itu.Berbagai pertanyaan melanda minda syed.
Aku harap sifat nakal dan ceria itu masih kekal seperti selalu,kerana sifat itulah yang membuat hari suramnya  menjadi ceria,dan dalam nakalnya tetap menampakkan sifat manjanya.Hingga mampu membuat hatinya bergetar hebat.Dan disitulah hatinya terpikat.
Dup dap dup dap dup.Laju jantungnya berdegup.Akhirnya dia hanyut melayani perasaan sendiri.Melayang mindanya pada kenangan lalu.
“Jom Makan .”
“Emmm” Tersedar Syed dari lamunan.“Ok jom makan.”
“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.”
Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar.Amin.”
Selesai bacaan doa makan,mereka mula menjamu selera,sambil menikmati lagu yang diputarkan oleh pemilik restoran itu.
Susana terus sunyi.Fiqah membisukan diri.Syed Memandang sepi.Linda memerhati keliru sendiri”.
Fiqah,disebut nama itu dalam hati.Wajah mu tak pernah berubah.Perasaan ini tak pernah ku ubah.
Rasa gelora melanda jiwa,getaran dihatinya mula terasa.Syed,membiarkannya.Lalu ditundukkan pandangannya,tersenyum kelat dihujungbibir.Sambil hatinya bicara sendiri.
Wajah ini,selalu hadir tika rindu.Wajah ini,selalu temani kala keliru
Wajah ini,yang membuat hatiku terasa pilu.Namun,wajah inilah yang ku harap hadir selalu.
Hanya kerana sebujur wajah mu.Ada rasa berbau gundah,ada getaran berbisik resah.
Tapi hakikatnya ia tetap indah.Seindah ciptaan mu Ya Allah.Nur Amirah Safiqah I REALLY MISS YOU.Jeritnya dalam hati.
Senyum sendiri Syed melihat gelagat 2 wanita dihadapannya.Sambil menikmati makanan dengan lagu saling berganti dimainkan,membuatkan hati mereka rasa damai.Suasana sunyi hanya lagu yang kedengaran,kali ini lagu diputarkan mengusik dua jiwa,bergetarnya dua hati.Lagu yang dulu pernah didendangkan syed untuk fiqah.Betapa Aku Cinta PadaMu.Nyanyian Afgan Kini berkumandang.
Syed dan fiqah berpandangan.Ada cerita disebalik lagu yang berkumandang.

Dihati ini hanya dirimu
Yang aku sayang,yang aku rindu
Setiap saat,setiap waktu
Ku ingin engkau selalu ada disisiku
Izinkan aku kucup kening mu,izinkan aku peluk diri mu,izinkan aku hadir di dalam mimpimu
Betapa aku cinta padamu,betapa aku ingin diri mu
Yang kan menjadi bahagian dari hidup ku,Oh..kasih...

Habis sahaja lagu,Fiqah kaku.Syed membisu.Linda memandang terkedu.Mereka ini ada apa-apa ke?.Kenapa aku rasa semacam ini.Bisik Linda dihatinya.“Aiysss.”Akhirnya keluh kuar dibibir Linda,rasa tak puas hati dengan keadaan yang dilihatnya.Sejak dengar lagu tadi Fiqah jadi tak keruan.Syed menyedari keadaan,cuba berkelakuaantenang,sedang dalam hati bergelora hebat,kerana ada rasa malu,rasa rindu,danrasa kasih yang masih mendalam terhadap wanita itu.Malunya masih terasa walaupun setelah 3 tahun berlalu.Setelah dia meluahkan rasa cintanya pada Fiqah.Dan saat itu juga menjadi saat terakhir pertemuan antara mereka.Fiqah,menolak cintanya dan berlalu pergi membawa diri,membiarkan dirinya terkapai sendiri.Rasa kecewa yang teramat waktu itu sukar digambarkan.Mujur saja waktu itu sudah tamat pengajiaan kalau tak memang gagal terus nampak gayanya.Tersenyum kelat syed terkenang saat itu.

Fiqah kaku dalam bisu,sememangnya ia malu,bila teringat saat Syed meluahkan rasa cintanya melalui lagu.Selesai sahaja menyanyi.Syed,duduk ditepi Fiqah lalu meluahkan rasa cintanya.Fiqah, sedikit terkejut.Memang selama ini mereka sangat rapat,dimana-mana,kemana-mana mesti berdua,kerana fiqah menganggap syed adalah temanbaiknya,tika susah mahupun senang sentiasa bersamanya.Tapi tak didugaselama ini syed menyukai dirinya lebih dari seorang kawan.Dengan perasaan sedikit geram.Fiqah tanpa berfikir terus menolak cinta Syed.Sejak dia menolak cinta Syed,diaterus berlalu pergi,jauh dari hidup syed tanpa tinggalkan sebaris pesan hingga dirinya sukar dijejak.Beberapa bulan telah berlalu,mereka kian terpisah jarak dan waktu,tanpa ada pertemuan yang berlaku.Tapi disudut hati kecil fiqah kekadang merindui,sambil bicara sendiri.Syed,sehari tanpa suara muaku rindu,sehari tanpa muaku kaku,aku perlu kamuselalu bersama ku,tiap tika dan waktuada disisi ku,hanya aku perlu kamuuntuk ceriakan hari ku.Syed aku rindu kamu.Walaupuan kau memang aku rindu,namun menyintaimu aku tak mampu.Kerana aku bukan siapa-siapa dalam hidup mu,aku ini sahabat baikmu,maafkan aku menolak cintamu,sesungguhnya aku tak mahu kehilangan sahabat baik sepertimu.Berkali dikatakannya dalam hati.Selama 3 tahuntak bersua,dia mampu lupakan segalanyanya.Tapi kini kenapa dia muncul lagi.Saat aku sudah relakan kenangan untuk pergi.Fiqah,terus kaku dibuai mimpi,minda terus melayang ke dunia fantasi.

Linda melihat dua insan yang duduk semeja dengannya diam seribu bahasa,lalu dia memulakan bicara.”Syed dengan fiqah dah kenal lama ke?.Tengok macam dah kenal lama je.”Tanya linda.
Fiqah Yang tengah minum air tersedak.
“Aik.Fiqah sampai tersedak-sedak ne kenapa.”Ada nada berbau sindir.“Pelik.”
Ada apa dengan mereka ini.Berfikir linda sendiri makin keliru dengan keadaan yang dilihatnya.Setahunya selama 3 tahun dia berkawan dengan fiqah,tak pernah didengar fiqah menyebut nama Syed Amirul Shah.Yang dia tahu kekasih kawannya ni nama nya Wan SyahFariszal.
Timbul tanda tanya dihatinya,jika mereka kawan lama,kenapa tak pernah aku dengar fiqah cerita tentangnya. Apa sebenarnya hubungan fiqah dengan syed.Linda keliru,tanda soal dimindanya.”
Agak lama linda menanti balasan pada soalan yang diajukan.Akhirnya syed menjawap.”Sebenarnya kita berdua dah kenal lama dah.Sejak dari study lagi,kami sememangnya kawan karib sewaktu belajar dulu.Selepas habis belajar kami masing-masing bawa haluan.Terus perhubungan terhenti, masing-masing sibuk kan.Ya lh da habis belajar kena cari kerja untuk teruskan kehidupan.”Jawap syed sambil tersenyum,hingga menampakkan lesung pipitnya.Linda memerhati dan meneliti wajah syed,dalam hati Linda memuji memang sangat comel bila dia senyum.Linda sengaja bertanya dengan Fiqah”.Betulkah fiqah kau dengan syed ne kawan baik ?.Tapi napa kau tak pernah cite erkkk.”Fiqah hanya mengangguk mengiyakan pertanyaan linda.Syed lalu bersuara.”Linda bukan dia tak nak cerita cuma belum masanya tiba untuk dia bercerita.Tak pun,mungkin dia dah lupa siapa ,Syed Amirul Shah.”Fiqah rasa bagai nak lari,dengar ayat syed.Namun dikawal wajahnya agar kelihatan tenang.Kata orang,biar dalam hati gelora,asal wajah tetap bersahaja.Berkata fiqah dalam hati.Linda hanya tersenyum lalu memandang fiqah.Bisiknya dihati baik aku biarkan diorang berdua.Mesti fiqah segan nak cerita kalau aku ada bersama.Linda berdiri terus berlalu meninggalkan Syed dan Fiqah berduaan,alasanya nak berjalan ditepi pantai.

“Nur Amirah Safiqah.”Dengan suara yang lembut.Syed mulakan bicara.
“Dah berapa lama kita tak jumpa,sihat ke ??.Nur Amirah Safiqah awak sudah berkahwin.”Sambil menatap dalam ke anak mata fiqah.”
“Ya memang lama dah kita tak berjumpa Syed Amirul Shah.”Sengaja fiqah menyebut nama penuhnya.”Saya seperti mana awak lihat sekarang sihat dan sentiasa sihat,amin.Dan saya masih belum berkahwin.Tapi InsyaAllah dalam perancangan.”Jawab Fiqah.Syed yang mendengar berubah wajah,fiqah menyedarinya.Lalu berbisik dihatinya,Masih cintakah dia pada aku??.Tak akan kot dah 3 tahun berlalu.Tak akan dia setia menanti aku.Mesti dia dah ada seseorang disisi.Sama seperti aku ada Wan Syahfariszal.Sambil tersenyum dia menyebut nama insan yang dirindunya itu.
Fiqah terus diam sambilmenunggu syedbicara sesuatu.Agak lama baru kedengaran suara syed.
“Benarkah nak kahwin ?.”Tanya syed sambi dikawal nadanya, agar tak getar bunyinya.
Sesungguhnya ada sedikit rasa kecewa dihatinya,kerana selama ini dia hanya mencintai fiqah.Rindu serta sayangnya hanya buat insan dihadapannya ini.Puas dia mencari namun baru hari ini dia temui.Disangkakan pertemuan ini akan memberi peluang padanya.Namun sayang insan yang dinanti akan menjadi milik orang lain.Tersenyum kelat akhirnya terukir.Tapi dia mampu mengawalnya.Dalam hati syed berbicara sambil direnung wajah fiqah yang memandang matahari terbenam.Nur Amirah Safiqah andainya kau tahu tiap malam ku berdoa agar tuhan pertemukan kita,dan akhirnya doa ku termakbul.Tuhan telah pun temukan kita,aku bersyukur kepadanya kerana aku masih dapat melihat kau tersenyum.Namun kau tetap bukan milik ku,Nur Amirah Safiqah.Kerana engkau aku sayang,aku lepaskan,aku bebaskan kau dari rasa cinta dijiwa ini untuk kau bina kebahagian bersama dia.Moga nanti engkau selalu bahagia bersamanya.Meski berat dihatinya untuk melepaskan rasa cinta yang telah lama terbina.Tapi dia sedar cinta fiqah bukan milikinya.Fiqah berhak memilih kebahagiannya.Syed mengakui hakikat mencintai tak semestinya memiliki.

“InsyaAllah ya.”Jawap fiqah pelahan.”Tapi masih dalam perancangan,doakan yang terbaik untuk saya.”Pinta fiqah pada syed.Syed diam tersenyum suram,pantas menjawab.
“ InysaAllah saya doakan yang terbaik untuk kebahagiaan mu Nur Amirah Safiqah.Kalau rasa sudi jemputlah saya hadir ke  majlis itu nanti.”Bicara syed sedikit gurau.
Fiqah tersenyum sambil ketawa.”Baik Syed jangan risau nanti saya jemput ya.Mudah-mudahlah dipermudahkan segalanya,Amin.”
Diam lagi seketika dan kali ini Fiqah pula yang memulakan bicara.
“Syedpula dah kahwin ke belum ne?.”Datang sini dengan siapa syed ?”.Syed tersenyum lalu menjawab.”Saya single  lagi lah,belum kahwin pun,ala tak ada siapa yang nakkan saya.”Dengan nada bergurau.”Fiqah tertawa lalu menjawap.“Tipulah muka hensem macam artis,tak akan tak ada orang nak”.
“Emmmm sudah lama tak dengar awak ketawa Nur Amirah Safiqah.Rindu saya pada gelak tawa yang duluselalu membuat hidup saya ceria”.Sepantas kilat tawa fiqah berhenti.Bila dengar syed berkata begitu.Senyap seketika,Ada sesuatu bermain diminda syed.Hati kecilnya memberontak kuat agar dia meluahkan  rasa cinta dan rindunya pada fiqah.Meskipun ia tahu,bila dia meluahkan pasti fiqah menolaknya kerana fiqah sudah berteman.Tapi hatinya ingin juga mengatakan apa perasaan nya selama 3 tahun,dia mencari wanita yang ada didepannya kini.

“Nur Amirah Safiqah”.Syed memanggil lembut namanya.Fiqah terasa ada sedikit debar didadanya.Makin syed hampir dengannya makin berdebar hebat dirasakannya.
“Nur Amirah Safiqah.”Disebutnya lagi nama itu.Fiqah sedikit terkejut namun pantas menjawap.
 “Ya saya syed”.
Syed diam agak lama mencari kekuatan untuk melepaskan segala yang terbeku dihatinya.
Fiqah  menyebut nama syed berulang kali.Syed baru tersedar fiqah memanggilnya.Pantas menjawap.
 “Ya Saya”.
 “Syed ada apa-apa nak kata ke.?Kalau tak ada apa-apa lagi saya nak gerak balik ne”.Kata fiqah pada syed.Sambil berdiri ingin melangkah pergi.Namun pantas syed menyambar lengan fiqah.
“Nur Amirah Syafiqah tunggu sebentar.Saya ada sesuatu nak kata pada awak.”
“Sebenarnya”
“Sebenarnya apa”.
“Sebenarnya.”Bagai tak terkeluar suara syed.
“Emmmm..”
“Sebenarnya apa.Dari tadi asyik sebenarnya,sebenarnya.Sebenarnya apa.”Luah fiqah sedikit geram.
“Sebenarnya Saya sedikit kecewa bila saya dengar awak dah nak kahwin.Namun apa daya saya nak menghalang takdir tuhan.”Syed kaku namun tetap meneruskan bicaranya.Fiqah terkedu mendengar.”Sebenarnya Nur Amirah Safiqah saya masih sama seperti 3 tahun lalu.Perasaan saya masih sama seperti dulu.Sayang saya pada awak masih seperti selalu.Tak pernah saya biar ia berubah,walau ramai yang datang mencuba menghampiri saya hanya untukmemilik hati ini.Namum hati ini hanya milik mu.Biarpun awak tinggalkan saya,biarpun awak tolak cinta saya,namun saya tak mampu menutup hati saya untuk melupai mu.Kerana kau satu-satunya wanita yang ku harap menjadi pendamping hidup ku.Selama 3 tahun aku tak pernah berhenti berdoa agar kita dipertemukan dan selama 3 tahun juga aku tak pernah berhenti mencari mu.Dan kini doa ku termakbul tuhan tunaikan pemintaan aku dan hari ini kita bertemu.Sesungguhnya perasaan ini hanya tuhan memahami.”Fiqah memandang syed tanpa kelip,hatinya bagaikan tak percaya namun tetap hatinya terusik dengan kata-kata syed.Benarkan dia sungguh-sungguh mencintai aku.Fiqah terus menatap wajah syed yang sedang berbicara,namun syed tetap tunduk memandang lantai.
Dia tak mampu bertentang mata lagi dengan fiqah.Syed meneruskan lagi bicaranya.
“Nur Amirah Safiqah maafkan Syed terpaksa meluahkan segala rasa ini.Bukannya mengambil kesempatan namun hanya ingin awak tahu apa yang ada dihati ini.Tapi jangan risau kerana saya tak akan merampas kebahagian orang yang saya sayang.Syed doa semoga kebahagiaan itu akan kekal selamanya bersama mu.”Fiqah mendengar bagaikan nak menitiskan air mata.Uik apa kena dengan aku ne.Kenapa aku nak menanggis pula.Bukankah aku tak cintakan dia kenapa aku perlu terusik dengan kata-katanya.Bermain kata fiqah dalam hati.


Syed Amirul Shah ditenungnya wajah itu.Tiada lagi senyum terukir dibibirnya.Fiqah meneruskan bicaranya.
“Syed terima kasih.”
“Untuk.”Tanya syed.
“Terima kasih mencintai,terima kasih menyanyangi,dan terima kasih selalu berdoa untuk diri ini.Mungkin hubungan kita sudah tertulis sebagai sahabat baik.Dan sejujurnya aku gembira kau adalah yang terbaik pernah hadir dalam hidup ku.Terima Kasih Syed Amirul Shah.Kerana sepanjang di pengajian kau selalu ada bersama ku,suka dan duka tetap ada tiap waktu.Kaulah sahabat ku yang sejati.Terima kasih”.Fiqah akhiri bicaranya.
Syed menjawap”Sama-sama kasih Nur Amirah Safiqah”.
“Awak”Syed memanggilnya.
“Saya Syed”.Fiqah menjawap laju.
“Awak saya ada nak tanya ini.Kata syed pada fiqah,
“Tanyalah,apa dia ?”.
“Saya.”Tergagap-gadap syed berkata.
“Saya apa syed ?.”
“Saya nak tanya.Sekiranya takdir tuhan.Kalau kita bertemu sekali lagi dan waktu itu awak keseorangan.Sudikah nanti awak menjadi pendamping hidup saya untuk selamanya”.Tanya syed dengan nada yang lemah.Namun penuh pengharapan.Lama fiqah membisu memikirkan ayat untuk membalas pertanyan syed.Akhirnya Fiqah menjawab“.Seandainya tuhan takdirkan jodoh kita berdua.Memang kita kan tetap bersama.Dan seandainya memang itulah takdir kita berdua InysaAllahFiqah terimanya dengan hati terbuka”.Syed mendengar tersenyum kelat kerana ia pasti segalanya mungkin tak akan terjadi,kerana hati fiqah sekarang sudah dimiliki.Namun syed tetap bersyukur dengan jawapan yang fiqah berikan.Syed menatap jam ditangan,lalu memohon meminta diri dulu.Kerana dah terlalu lewat takut nanti dia terlambat membuatkan ibunya ternanti-nanti.

“Nur Amirah Safiqah saya memohon maaf,sekiranya selama ini saya pernah berkasar bahasa atau ada kata menguriskan hati awak.Saya juga doakan  awak bahagia selalu sambil memberi sekeping kertas yang tertulis nama dan no telefonnya.Ini no telefon syed,kalau rasa sudi nak jemput syed ke majlis itu mesej saja ya”.Fiqah senyum kelat.Syed berdiri dan terus menuju ke kaunter pembayaran,selesai membayar syed terus tinggalkan restoran.
Agak jauh sudah syed dari restoran.Tiba-tiba fiqah mengejarnya.Fiqah memanggil nama syed.
 “Syed,Syed”.
“Syed.”Menyedari ada orang memanggilnya lalu berhenti dan berpaling.Dia melihat fiqah belari-lari anak ke arahnya.Dengan wajah sedikit terkejut syed bertanya.
“Ada apa Nur Amirah Safiqah?”.
“Saya”.
“Kenapa ??.”Tanya syed.
“Saya”.Tergagap-gagap fiqah berkata,terdiam seketika.Fiqah menarik nafas dalam dalam lalu dihembusnya.Dan kini fiqah dah sedia nak berkata.
“Kenapa Nur Amirah Safiqah?”.Sekali lagi syed bertanya sambil direnung dalam anak mata fiqah.
“Saya nak awak bahagia.Saya nak lihat awak bahagia Syed,saya nak awak cuba bukakan hati awak untuk wanita lain.Percayalah ada wanita yang ditakdirkan untuk mu diluar sana.”Syed yang mendengar hanya mampu tersenyum.Sambil menjawap.”Hati ini ku serahkan segalanya pada tuhan.Andai ditakdir tuhan membuka hati ini untuk dimiliki insan lain selain diri mu.Ku terima seadanya kerana siapa kita nak menghalang takdir tuhan”.
“Apapun terima kasih Nur Amirah Safiqah.InysaAllah ada jodoh bertemu kita lagi”.Sambil digosok lembut kepala fiqah yang berbalut tudung.Syed terus berlalu hilang dari pandangan fiqah.

Fiqah hanya memandang syed yang makin hilang dari pandangan dengan sebuah perasaan yang sukar ditafsir.Selepas melihat syed sudah hilang dari pandangan,fiqah terus berjalan menuju ke keretanya,dihidupkan enjin sambil dia menanti Linda tiba.Fiqah hanya tinggalkan pesanan sms pada Linda yang dia menanti didalam kereta.Fiqah mengeluh sambil memejamkan matanya,ada perasan yang tak dapat difahami melanda dirinya.Fiqah terus membiarkan matanya terpejam dan dibiar dirinya bagai diawangan.Tak lama kemudian fiqah tersedar pintu kertanya terbuka,dia yakin itu Linda.Lindasampai terus duduk sambil tersengih-sengih melihat fiqah.
“Fiqah.” sebut linda,
“Apa.”
“Mana syed ?.Comel syed tu fiqah.”Fiqah hanya diam bagai tak mendengar pertanyaan linda.Linda menyedari perubahan sifat fiqah terus membatukan diri.Kerana dia faham sangat sifat kawannya tu,kalau dah diam membisu baik jangan ditanya.Kalau ditanya lagi meletupmarahnya nanti lagi parah.Senyum linda sendiri sambil memandangfiqah disebelahnya.Namun masih sama keadannya.
Emmmm alamatnya kalu gini baik aku tidur lagi bagus.Bicara linda sendirinya.Sambil tersengih.


No comments: