Sunday, 2 June 2013

Jika Itu TakdirNya ( 2 )



3 bulan sudah berlalu fiqah mula lupa pertemuannya dengan syed.Fiqah meneruskan kehidupan hariannya seperti sedia kala.Sambil melihat calendar di tepi mejanya.Berbisik hatinya
Hai...tak sabar menanti esok tiba,Ada rasa berbunga-bunga dihatinya.Kerana esok pertemuannya yang dinanti untuk bertemu Wan Syahfariszal.Seperti yang dijanjikan.Dia setia menanti kekasihnya,walau 6 bulan mereka tak bertemu.Namun dia memahami akan kesibukan memanjang kekasihnya itu mengalahkan kesibukan perdana mentari.
Betul-betul dia tak sabar menanti esok tiba.Esok genap 3 tahun hubungan cinta mereka.Dia teringat akan pertemuannya dengan Wan Syahfariszal 6 Bulan Lalu.
“Sayang”.“Ya abang”Jawab fiqah lembut.
“Abang,nak bagitahu ni”.
“Bagitahu apa abang?”.
“TakPapa.”.“Kenapa dengan papa”
“Papa tak sihat ke abang.”Tanya fiqah pada kekasihnya
“Bukanlah.Papa sihat je tu.Begini Papa tugaskan abang kerja disabah selama 6 bulan ni.Syarikat papa ada masalah sikit”.
Fiqah Diam sahaja
“Sayang ??Dengar tak ni”.
“Emmmmm dengar”.Menjawab dengan wajah yang muram.
“Jadi abang memang nak pergi sabah lah ne??”.Emmmm..Muncung sedepa mulutnya.Nanti mesti rindu ni”.Wan Syahfariszal ketawa manja.Dia senang dengan sifat manja kekasihnya itu.
“Dah”Sambil dipegang lembut kepala fiqah.
“Sayang jangan sedih-sedih ok.Tak lama mana pun 6 bulan je kan”.
“Nanti abang pulang tepat tarikh anniversary kita”.
“Abang janji”.
“Ya janji sayang”.Sambil ditarik lembut hidung fiqah.
“Emmmm”.
“Kenapa abang”.
“Tak,abang risau tinggalkan sayang seorang disini.mana tahu ada yang mengorat sayang nanti,melepas abang ”.
“Ada pula”.Dicubit pipi kekasihnya itu
“Abang jangan risau okey.Tak mahu risau-risau.”Sambil jari telunjuknya digoyangkan kiri ke kanan,kanan ke kiri.”Jangan risau sayang pasti setia dengan abang hanya abang dihati ini percayalah”.Pinta fiqah.Wan Syahfariszal Tersenyum Bahagia.
“Tapi”.
“Tapi apa sayang”.
“Abang jangan curang pula kalau disana.Siap abang kalau sayang tahu abang curang”.Ada tawa dihujung kata.Wan syahfariszal.Ketawa lagi
“InsyaAllah tidak jangan risau okey.”
“Okey bila abang nak gerak.Tanya Fiqah.
“Esok.”
“Emmm.” Okey.Abang hati-hati.Jaga diri baik-baik dinegeri orang.
“Ya Jangan risau okey.”
“Sayang.”
“Ya Abang.”
“Sayang jangan lupa nanti pertemuan kita 6 bulan lagi.Tunggu abang ya.”
“Baik abang.Akan ditunggu.Senyum terukir dibibir fiqah.”
Nur Amirah Safiqah tersenyum sendiri mengenangkan pertemuannya bersama Wan Syahfariszal 6 bulan lalu. Tersenyum sendirilagi hingga terlena sambil memeluk teddy bearnya.

Pagi menyingkap tirainya.Fiqah terjaga dari lenanya.Sudah subuh rupanya,dengan pantas fiqah bangun dan mandi.Selesai mandi fiqah terus tunaikan solat subuh.Selesai solat dan doa fiqah terasa segar.Namun hatinya mula terasa debar.Fiqah pelik sambil berkata sendiri.
“Mengapahati ni asyik berdebar-debar je.”Lalu fiqah berdoa dalam hati moga tiada apa-apa yang buruk akan terjadi.Fiqahturun ke dapur nak siapkan sarapan pagi.Selesai bersarapan fiqah keluar.Kerana dia sudah berjanji menjemput Linda yang akan tiba di KLIA pagi tu.Fiqah ucapakan syukur akhirnya dah selamat sampai di KLIA.Fiqah terus keluar dari kereta dan menanti diruang menunggu ketibaan.Sambil menanti Linda muncul,Fiqah ternampak seseorang yang sangat dikenalinya,Walaupun agak lama tak bersua muka.Namun wajah itulah yang selalu dirindunya.
Ada sedikit getar dihati, ada sekelumit resah menghuni jiwa.Bagaikan rebah dirinya dirasakan.Benarkah apa yang ku lihat didepan mata ini.Bisik hati fiqah.Fiqah terus mengikuti jejak lelaki itu,yang disisinya seorang gadis yang sangat cantik sambil tangan gadis itu mengenggam erat lengan lelaki itu.Benarkah dia.Benarkah dia melakukan ini kepada aku.Tanya fiqah sendiri pada dirinya.Diikutinya lagi,kali ini dia cuba menghampir lagi.Bila benar-benar dia yakin dan betul-betul jelas dipengelihatan matanya.Dengan sekuat hatinya memanggil WAN SYAHFARISZAL.
Serentak langkah mereka terhenti,Dari jauh linda hanya memerhati.

WAN SYAHFARISZAL Fiqah memanggil dengan nada yang tegas.Sambil memandang tepat wajah lelaki itu dengan perasan amarah yang membara.
“Apa sebenarnya sandiwara ini.”
“Apa semuanya ini abang.?”Tanya fiqah kepada kekasihnya
Fiqah terdengar perempuan disisinya berkata.
“Sayang siapa wanita ini sayang,Sayang kenal dia ke?.”Fiqah mendengar seakan terasa putus nadinya
Wan Syahfariszal menjawap pertanyaan perempuan disisinya.
 “Sayang,sayang tunggu sebentar disana,nanti sekejap lagi sayang datang okey.Pintanya pada wanita itu.”Sayang pergi dulu okey.Sayang ada perkara nak selesaikan sikit dengan wanita ini.
Hancurnya hati fiqah.Berkecai segala harapannya.Saat mendengar kekasih hatinya,yang selalu di rindu,selalu dinanti,dan amat disayangi mendustai cintanya yang suci.Mempermainkan hati dan perasaannya.Menitis deras air mata fiqah.Linda kali ini bukan lagi memerhati.Hatinya turut sakit.Bila melihat sahabatnya dipermainkan begitu rupa.Sejak tadi dia dibelakang sebagai pemerhati.Kini dia muncul ditengah-tengah antara mereka berdua.Dia seakan tak puas hati dengan perbuataan Wan Syahfarizal.Dihampiri fiqah yang sedang duduk dikerusi dengan menutup wajahnya sambil menanggis.Kasihan dia melihat sahabatnya disakiti begitu.Lalu dia duduk disebelah fiqah.Direnungnya wajah kekasih fiqah dengan perasan benci. Linda hanya kenali lelaki itu dengan nama WAN SYAHFARISZAL.Dan Hanya pernah bersua sekali dua dengannya.
Linda sempat mendengar saat kekasih fiqah itu menjeleskan perkara yang terjadi itu tak disengajakan.Dan wanita tadi itu adalah isteri Wan Syahfariszal.Kenyataan itu membuatkan Fiqah rebah disisinya.
“Maafkan saya,maafkan saya.”Berkali-kali Wan Syahfariszal melafazkannya dengan penuh kekesalan.Linda yang memerhati fiqah sangat lemah tak bermaya.Hanya mampu berdoa agar fiqah dapat bersabar dengan dugaan ini.Fiqah tak mampu membalas segala penjelesan Fariszal.
Dengan pantas dia berlari keluar.Linda mengejar.Ditariknya tubuh fiqah lalu dipeluknya erat.
Linda memberi semangat pada sahabatnya.Dan tadi sebelum dia berlari mengejar fiqah.Sempat lagi dia memarahi Fariszal sampaikan hinggap juga 1 tamparan hebat dipipi Fariszal.Tanpa sedar.Mungkin kemarahan membara tahap gaban tadi.Linda mengingati kembali saat dia menampar kekasih kawan baiknya.Ada sedikit kesal disitu.

Kali ini FarahLinda memandu.Nur Amirah Safiqah pula duduk disebelahnya.Dia memerhati fiqah.
Fiqah menanggis tanpa henti.Akhirnya Linda bersuara.
Nur Amirah SafiqahTolonglah jangan menanggis lagi.Aku hiba melihat keadaan mu begini.Relakanlah perpisahaan meski sakit dirasakan.Percayalah Fiqah.Disebalik kejadiaan,ada hikmah tuhan diselitkan.Tolong jangan jadi lemah.Tolonglah bangun semula fiqah.Seberapa berat pun dugaan yang dia beri,pasti mempunyai hikmahItulah antara kata-kataFarahlinda yang sering di ingatinya..Nur Amirah Safiqah mula menerima pasrah

Sebulan telah berlalu.Fiqah memohon cuti tanpa rekod dan bercadang balik ke kampung.Untuk menenangkan fikirannya.Linda yang mendengar menyokong keputusan fiqah.Seminggu fiqah duduk dikampung,bersama keluarganya,sedikit sebanyak fikiran fiqah mula berasa tenang dan mula menerima perkara yang terjadi antaranya dengan Wan Syahfariszal adalah kentetuan maha Esa Fiqah termenung dan duduk di hujung pondok tepi sawah terkejut dengan kedatangan Farahlinda.Sahabat baiknya itu.”Fiqah.”Berfikir sebentar
Kenapa ???.
Kenapa linda datang ke kampungnya.
Mungkinkah sahabat baiknya itu rindu dengannya.?Fikir fiqah dalam hati.
FarahLinda datang dari jauh membawa hajat besar,linda tahu mungkin nanti fiqah akan marah padanya tapi sejak pertemuannya yang tak disengajakan semalam dengan Syed Amirul Shah.Linda menceritakan perkara yang terjadi terhadap fiqah,dan linda juga mendengar cerita syed,yang dia sebetulnya sangat cintakan fiqah.Maka linda mengambil keputusan membantu syed menjadikan impiannya kenyataan untuk menjadikan fiqah miliknya yang sah.Sebelum bertemu fiqah.Linda bertemu keluarga fiqah dahulu dan diceritakan segalanya,dia menceritakan juga rancangannya untuk menyatukan syed dengan fiqah dalam ikatan sah.Ibu dan Ayah serta nenek dan datuk fiqah.Setuju dan sedia menurut rancangan linda.Tersenyum bangga linda bila semuanya setuju dengan rancangannya.
“Uikkk.”
“Apa senyum senyum.”
“Ini apa mimpi”Tanya Fiqah
“Mimpi apa”
Yalah datang jauh-jauh ini nak jenguk aku ke.Kata fiqah pada linda.Linda terus ketawa.
Nur Amirah Safiqah.Aku datang ni bawa hajat.
“Hajat paling besar ini sahabat.”Ada tawa menghiasi bicara
“Hajat.?”
“Hajat apa.”
“Tak adalah.”
 “Hari tu kan.”Sebelum kau balik kampung kau ada kata kan.
“Kau kata,Kau  akan terima sesiapa saja yang nak masuk meminang kau kan.”Fiqah sedikit terkejut dengan persoalan linda.
Dia mencuba mengingati.Apa benarkah dia ada berkata sedemikian.Lama dia berfikir “Ya,Ya benar aku ada cakap macam tu.”
“Jadi kenapa Farahlinda”.tanya fiqah
“Emmm.”Linda mula kan bicara.
“Begini hari tu aku terjumpa abang sepupu aku,jadi aku bawalah dia singgah di rumah.Lagi pun dia datang dengan mak saudara aku.
“Jadi.”Tanya fiqah lagi.
“Aku pendekkan cerita dia ternampak gambar kau dirumah.Dan dia sudah terpikat dengan kau fiqah dia pun ingin menyunting kau jadi suri hidupnya.”
“Kau setuju lah ya.”
“Setujulah.”
“Tolonglah.”Rayu linda pada sahabatnya.
“Faralinda aku perlukan masa.”Fiqah terus menjawab.
“2 hari boleh.”Kata linda
“Sebulan.”kata fiqah dengan nada yang lemah.
“Okey selepas sebulan aku datang lagi.”Kata linda
Fiqah tersenyum kelat.
“Aku pulang dulu fiqah,nanti selepas sebulan kita jumpa lagi.Kau fikir masak-masak dan aku benar-benar berharap kau setuju terima dia.”Linda berkata sambil senyum.
“Ya Farahlinda InysaAllah aku fikirkan.Moga tuhan membuka hati ini menerimanya.”jawab fiqah
“Hiss sikit terlupa”.Linda mencari sesuatu di hand begnya.Lalu diserahkan sampul biru kepada fiqah.
“Apa ini linda??.”Tanya fiqah.
“Nanti kau buka kau baca,kau tahu lah apa benda didalamnya .”Jawab linda sambil ketawa.
“Okey Nur Amirah Safiqah aku minta diri dulu.Kau jaga diri baik-baik ya.”Sambil dicium kedua2 pipi fiqah.
“Assalamulaikum.”                                                                                    
“Walaikumsalam.”
Fiqah termenung dibiliknya berdiam seribu bahasa,berfikir sejuta makna.Tiba-tiba Fiqah teringat sampul biru yang diberikan linda petang tadi.Dibuka sampul itu pelahan,lalu membaca isi surat.

Kau bagaikan sinar mentari
Dari balik tirai kabut misteri
Yang sentiasa tak akan henti
Menghangatkan sang pagi
Walaupun kemarau di hujung sisi
Namun kemilaumu masih memberi sejuta erti
Kau membelai rindu dihati
Dengan untai nada berbunga impi
Dan ku isi gelora ini pada relung naluri
Walaupun tak sempat dihayati
Namun aku pastidikau menghargai
Sudilah engkau terima diri ku ini.
Fiqah terusik membacanya,lalu fikirnya makin melayang.Ditutup surat itu.Sambil baring berfikir.
Benarkah jalan yang ku pilih ini.3 hari 2 malam fiqah mengerjakan solat istikharah,memohon petunjuk maha esa.Agar pilihannya nanti adalah tepat.Akhirnya masa yang dinanti telah tiba.30 hari telah belalu seperti yang dijanji linda datang kembali.
“Fiqah.”Linda memandang tersenyum.Sambil bertanya “macam mana”.
“Kau setuju tak terima abang saudara aku??.”
“Agak lama linda menanti.”
“Akhirnya fiqah mengangguk.”Tanda setuju.
“Syukur Alhamdulillah.”Ucap linda.Tak sia-sia kedatangan aku.
“Jadi hari sabtu ini tunang terus nikahlah.Okey.”Kata linda.
Diam Farahlinda menanti
“Tanya ibu dulu lah.”Kata fiqah.
“Sudah tanya dah hari itu lagi.”Jawab linda.
“Kau itu.”
“Kenapa.”
“Yalah kau tu.Yang kena siap sedia.Tak lama lagi.Jadi pengantin baru.”

Akhirnya tiba hari dinanti Fiqah resah menanti.Nur Amirah Safiqah mula terfikir.
Aikkkkk.Kenapalah.Aku boleh terlupa tanya linda.Siapa nama dia.Apa kerja dia.
Aduh!!.Sambil garu kepala.Wajahnya macam mana erk.
Nur Amirah Safiqah.Kebinggungan.”Dia benar-benar menyesal.Dia tak pernah bertanya pada linda tentang lelaki yang akan menjadi suaminya nanti.Dia yang tak pernah melihat wajah lelaki itu.Apatah lagi nama lelaki itu.
Nur Amirah Safiqah kekesalan Hingga terdetik dihatinya.Bukan dia yang aku suka,namun kenapadia juga yang aku terima.Bukan ini yang aku pinta,namun inilah yang harus ku terima.
Dia dalam diam seribu bahasa.Kaku tanpa bicara.Hilang sejuta kata.
Dalam hati,berbisik sepi.Aku terima seadanya,takdirmu Maha Esa.
Dengan perlahan fiqah melepaskan keluh didadanya.Aku terima dengan rela segala takdirmu untuk ku ya Allah.Sambil pipinya dibasahi airmata.
Akhirnya pengantin lelaki pun sampai.Sejam kemudian selesailah majlis pertunangan.Sebentar lagi majlis akad nikah akan dijalankan.Nur Amirah Safiqah sedikit berdebar,sambil berfikir bagaimanakah nanti wajah bakal suaminya.Fiqah terus mendiamkan diri.Selesai saja akad nikah pengantin lelaki masuk ke bilik.
Lindadisisi fiqah hanya tersenyum bahagia.Melihat majils kahwin sahabatnya.Dia tahu fiqah resah.Mahu tak resah.Kahwin dengan orang yang dia tak kenal siapa.”Senyum Linda.
Nama tak tahu wajah lagi lah.Sambil linda ketawa dan kedengaran di telinga fiqah.
Nur Amirah Safiqah.Tertunduk maluterasa dirinya di mainkan.
Pengantin lelaki tiba,dan ditariknya jemari fiqah,disentuhnya lembut.Pantas disarungnya cincin dijari manis fiqah.Nur Amirah Safiqah takut memandang wajah suaminya.Dia hanya mencium tangan suaminya pantas suaminya mencium dahi nya.
Digenggam erat jemari isterinya.Syed Amirul Shah.Hanya senyum memandang
Dia tak sanggup lagi mempermainkan isterinya.Lalu dilaung nama isterinya.
“NUR AMIRAH SAFIQAH.”Dengan nada yang lembut.
“Aikkk Suara itu.Macam pernah dengar je,tapi di mana erk.”Fikir fiqah.
Lantas didongaknya kepala ke atas. Fiqah hampir terkejut apabila melihat insan yang memanggil namanya.Dilihatnya dengan jelas sebujur wajah yang amat dikenalinya.Tanpa sedar menitis deras airmata dipipinya.Tanpa malu dipeluk erat tubuh suaminya itu.Linda disisi tersenyum bahagia lalu meninggalkan mereka berduaan.
Hilang sudah duka dihati,kini hanya bahagia menemani.Nur Amirah Safiqah,tersenyum gembira.
Dipeluk erat lagi tubuh suaminya,Lalu dibisikkan sesuatu di telinga suaminya.
“Syed Amirul Shah I Love You.”
Dicium tangan suaminya sekali lagi.Dalam hati fiqah betul-betul bersyukur.
Kerana ditakdirnya jodohnya bersama insan yang benar-benar mencintai dirinya.
“Alhamdulillah.”           
Alhamdulillah  Terima Kasih Ya Allah



No comments: