Friday, 19 July 2013

Gadis Ilusi ( 1 )

Gadis Ilusi

HEMBUSAN bayu pagi terasa sungguh dingin dan segar.  Kedinginan dan kesegaran itu mengundang ketenangan jiwa Tia.  Tia bingkas dari katil . Dan tingkap di buka luas. Halaman rumah Opah, walaupun tak seluas mana,tetap terasa sedap mata memandang.   Tia membiarkan pandangannya meliar di sekitar halaman, hingga mata nya tertumpu pada bunga orkid ungu,  cantik bunga itu, bisik hatinya.

“Ahh!’’ Tercetus keluhan berat menerusi dua ulas bibir Tia. Seakan berat bebanan ditanggung. Ketenangan yang di dambakan ibarat pelangi tika gerimis, datang dan pergi tanpa bicara , sebentar  saja memberi ketenangan akhirnya  hilang sekelip mata, terasa kembali gelap gelita di pandangan. Kenangan itu sentiasa mengasak fikirannya.  Dan setiap kali kotak ingatan nya menjamah kenangan, kolam matanya tidak pernah kering dengan air, tasik hatinya  tak pernah damai dengan kesedihan.  Mengapa aku tak mampu lupakan dia. Mengapa oh mengapa,  jerit Tia didalam hati.

“Tia,oh tia !! Dah bangun belum . Kalau sudah bangun mari keluar. Sarapan dengan opah. Anak dara tak elok bangun lewat sangat,” laung opah  dari ruang dapur, sekaligus menoktahkan permainan emosinya yang baru bermula
“Emmm…. Ya opah sekejap lagi,” jerit Tia dari kamar sambil tangannya  laju menyikat rambut nya yang kusut- masai. Sebelum keluar sempat lagi dia melihat wajahnya dicermin.Lalu tersenyum Tia sendiri.
“Tia duduk  sini dengan opah, opah ada masakkan makanan kegemaran Tia.”
“Opah masak apa ?? wah mee goreng  ayam sedap ni,” dengan wajah yang penuh berselera Tia menjamah hidangan pagi yang opah siapkan

“Tia cuti berapa lama, kenapa tak ajak mama papa Tia balik sekali. Opah sebetulnya rindu dengan mak ayah Tia.” Di renung wajah opah,  ada kesuraman terasa , ditenung lagi wajah tua yang kian meningkat usia hampir mencecah  60an itu, ada air bertakung  dikelopak matanya, Tia pasti opah rindu dengan orang tua nya.  Ada rasa simpati berputik dihati Tia, apabila memandang  wajah kusam milik opahnya.
“Oh Tia cuti seminggu opah, mama dengan papa  sibuk dengan hal kerja. Tapi mama  ada bagitahu yang raya tahun ni kami sekeluarga beraya dengan  opah.” Ada senyum mula terukir dibibir opah.
Niat tia balik ke kampung selain bertemu opah, dia nak mencari ketenangan, membina kekuatan  dan cuba berdiri dari kegagalan agar kental dia menghadapi cabaran. Dia tidak mahu kelihatan lemah dipandangan rakan-rakannya , walaupun dia ditinggalkan oleh orang yang amat disayanginya.  Dia akan buktikan pada rakan dan juga insan yang melukai hatinya  Riz Akmal Rizal. Bahawa dia mampu hadapi segalanya , dia percaya ini lah kehidupan, tanpa cabaran tak mungkin ada kematangan. Biar semua orang kenal siapa Tia Hatin Atirah. Yang tak akan lemah kerana kehilangan cinta. Walau hatinya masih belum mampu melupakan.  Dia  tetap berusaha agar kekecewaan itu tidak mematahkan semangatnya.


Selesai sarapan Tia terus membantu opah nya  membasuh pinggan mangkuk didapur. Diperhatikan cucu kesayangannya. Di tenung wajah Tia dari jauh, dia tahu cucu nya itu mempunyai masalah. Lama Tia diperhati
 “Tia ada masalah ke??. “ pertanyaan opah buat Tia terkedu.
“Er… tak ada lah opah, mana ada masalah , Tia okey ni.” Tia senyum sambil menjawab, sengaja menutupi  kegelisahan diwajahnya.
“Baguslah kalau okey. Kalau pun tidak , pastikan hadapi segala masalah dengan  penuh kematangan,  jangan kerana masalah itu membuatkan kita lemah. Tapi jadikan masalah itu penyumbang  kekuatan untuk mencipta sebuah kejayaan,  dan dari  kejayaanlah kebahagiaan itu bermula, ingat itu Tia.” Pesan opah padanya.
Tia kagum dengan pendirian  opahnya,  mesikpun meningkat usia namun pendirian nya tak pernah berubah, padanlah opah digelar seorang guru yang cekal dan berani. Dalam hati berbisik,  bertuah aku memiliki opah yang sangat berfikiran terbuka.

“ Ya opah Tia faham, Tia akan cuba hadapi apa pun rintangan dalam hidup ini.Terima kasih opah.” Dicium pipi opah sambil memeluk erat tubuh kecil itu.
“ Opah , Tia nak minta izin, Tia nak keluar sebentar  nak cari udara segar.”
“ Yalah Tia hati-hati bila keluar, jangan balik lewat sangat nanti .”
“Ya opah tak lama sebentar je Tia keluar.”
“Opah Tia pergi dulu ya. Assalamulaikum.”
“Walaikumsalam.”

Kereta yang dipandunya meluncur laju menuju ke tepi pantai, lalu diberhentikan keretanya  tidak jauh dari persisiran pantai. Tia termenung sendiri .  Tanpa disedari fikirannya mengimbas kembali kenangannya bersama Riz.
“ Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu ini,”segugus doa terpercik di bibir Tia.  Tia mengetap bibir menahan tangisan yang tidak diundang. Wahai hati tabahlah menghadapi apapun rantingan hidup ini. Bicara Tia di hati cuba meraih kembali kekuatan diri. Tanpa sedar  air mata terus mengalir. Jiwa nya kini melayang , segala kenangan mula terbayang. Kekuatannya hampir hilang. Tia Hatin Atirah tewas dibayangi kenangan silam

Tia Menarik  nafas panjang  lalu diucapkannya
“Hari ini hari terakhir aku berduka, aku tak akan tewas pada kekecewaan akan aku buktikan, yang aku juga bisa bahagia seperti mana orang lain bahagia.
 Aku pasti buktikan  yang aku boleh hidup tanpa engkau Riz Akmal Rizal.”
Dikesat air mata yang ada dipipinya, Tia nekad dalam hati ingin menjadi seorang yang tabah dan kental. Dia tak nak dipandang lemah hanya kehilangan cinta seorang lelaki. Dipaksa bibirnya untuk senyum, akhirnya berjaya . Dalam hati kekuatan mula terbina walau bukan 100% sepenuhnya.  Dalam hati Tia bersyukur,  kerana ini permulaan kehidupan baru baginya bangkit dari kegagalan.
Dikuak pintu kereta, lalu Tia terus  keluar berjalan menuju persisiran pantai. Tenang dirasakan udara yang segar membuatkan dia merasa damai.  Tia berhenti  lalu duduk disalah satu batu besar ditepi  pantai . Diperhatikan sekeliling pantai aman dirasakan . Dengan cuaca mendung tika itu membuatkan hari itu sangat tenang.
“Ya Allah,indahnya ciptaanmu”. Terkeluar sebaris ayat dari bibirnya yang memuji kehebatan sang pencipta. Tia terus termenung  sambil memerhati indahnya pandangan disenja hari. 



Ruginya tak bawa kemera, kalau tak boleh juga ambil gambar. Rungut Tia dalam hati.
Diperhatikan ramai yang datang  membawa kemera sambil mengambil gambar disenja hari membuatkan hatinya sedikit cemburu, sambil menoleh ke kanan ke kiri,  melihat gelagat orang disekitar pantai  yang sibuk mengambil gambar, membuatkan Tia tersenyum . Sedang asyik memerhati gelagat orang
Tia menyedari ada seseorang  sedang memerhatinya, Tia menoleh sambil tersenyum, dengan senyuman yang paling manis dihadiahkan pada seorang jejaka yang  leka memandangnya, walau tak dikenali Tia tetap tersenyum. Dan Tia menyedari yang jejaka itu sedang menangkap gambarnya.  Namun tetap tak dipedulikan, baginya mungkin jejaka itu suka menangkap gambar, kerana dari tadi dia memerhati ramai juga yang menangkap gambar, di sekitar pantai. Tia melihat jam ditangan dah hampir senja. Dia pun melangkah menuju ke kereta.  Di hidupkan enjin keretanya dengan pelahan lahan dipandu kertanya  meninggalkan kawasan pantai.

Amir memerhati, sambil sesekali menangkap gambar gadis yang dirasakannya mempunyai keunikan tersendiri. Di rakam beberapa aksi dan gerak geri gadis itu.
Lama Amir memerhati membuat gadis itu menyedari , tersentap Amir saat gadis itu meneloh ke arahnya, dengan senyuman terukir dibibir gadis itu. Membuatkan hati Amir berdebar hebat. Senyuman itu dan raut wajah itu, mengingatkan Amir pada seseorang, sesorang yang amat disayangi, dihormati dan selalu dirindui. Seseorang yang  selalu dihatinya.  Hati Amir direlung sepi tiap kali mengingat insan itu.
Amir terus memerhati Tia yang makin lama makin hilang dari pandanganya.  Amir merasa sedikit hampa , namun  tetap tak mengutamakan hatinya.
Diteruskan niat  mengambil gambar pemandangan diwaktu senja. Banyak juga gambar diambilnya. Memang benar kata sahabatnya tempat itu cantik waktu senja. “Tak rugi aku datang jauh- jauh semata-mata nak ambil gambar,” senyum terukir dibibirnya tanda puas hati dengan gambar-gambar yang diambilnya.

“Assalamulaikum Opah.”
“Walaikumsalam, Tia baru sampai ke??. Berjalan kemana Tia senja baru pulang ?.” Tanya opah dengan wajah risau.
“ Oh tadi Tia pergi jalan-jalan tepi pantai opah, dah lama tak pergi pantai.” Sambil tersenyum dengan opah mengharap nenaknya memahami.
“Ya lah Tia. Sudah pergi mandi dulu, lepas tu solat jangan lupa.
Selesai solat baru kita makan malam, opah ada buat ulam kesukaan Tia.”
“Baik opah, Tia masuk bilik dulu nanti dah selesai  semua Tia turun tolong opah ya.”

“Ohh Opah.” Tia mengejutkan opahnya , hampir terjatuh gelas yang dibawa opahnya.
“Bijak punya budak.”jerit opah padanya.
“Nasib baik gelas ni tak terjatuh.” Marah opah padanya. Tia hanya ketawa bila neneknya membebel.
“Sudah jom kita makan.”Arah opahnya
“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar.Amin.”


“Emmm sedapnya opah masak,  nanti bila Tia dah balik mesti rindu ini masakkan Opah”.
“Kalau rindu Tia datang lah lagi, lagipun rumah Opah ni  sentiasa terbuka untuk cucu-cucu Opah, Opah sunyi juga duduk seorang-seorang di sini.” Sayu kedengaran suara Opah. Sedih juga hatinya nak tinggalkan opah di kampung. Bukan tak pernah diajak  untuk tinggal bersama.  Tapi Opah  menolak katanya dia lebih suka tinggal dikampung dari di  Bandar .


Amir Shahfariszal bersandar pada sofa. Lampu apartmennya pun tidak dinyalakan. Amir melepaskan keluhan berat sementara matanya dipejam rapat. Ada sesuatu menganggu hati nya dari sepanjang perjalanan tadi.  Fikiran Amir  asyik terganggu memikirkan gadis yang ditemui. Fikirannya masih ligat memikirkan siapa sebenar gadis tadi, hati nya terusik dengan keunikan yang ada pada gadis itu. Dan wajah gadis itu betul-betul membuatkan rindu nya yang selama ini dipendam bagai tak tertanggung lagi. Sesekali dia dibayangi  wajah dan aksi gadis tadi, membuatkan Amir tersenyum sendiri. Hatinya semakin dilanda kerinduan. Wajah gadis itu benar-benar mengingatkan dia pada kenangan silam.  Amir tersedar dari lamunan bila telefon bimbitnya berdering. Membuatkan dia kembali ke dunia realiti.


Amir terus mengambil kemera nya lalu dibawa ke bilik yang tersedia khas untuk mencuci  gambar.  Dicucinya  semua gambar  yang diambilnya tadi. Termasuk gambar gadis itu.  Amir mengambil sekeping gambar yang telah siap dicuci, lalu ditenungnya gambar itu . Senyuman gadis itu saat berpaling memandangnya benar-benar membuatkan dirinya bagai diawangan. Dirinya benar-benar kerinduaan
Sekali lagi pertanyaan melanda dirinya siapa dia sebenarnya.  Ada rasa ingin tahu yang didalam hatinya. Dicuci kembali gambar itu, tapi kali ini dengan saiz yang lebih besar dari tadi.  Diletakkan gambar itu ke dalam bingkai lalu dibawanya masuk ke kamar, tanpa sedar  dengan pantas tangannya meletakkan  gambar bersaiz besar itu di atas dinding katilnya. Amir merasa pelik dengan  apa yang dilakukakannya.  Tapi tetap saja dia mengabaikan . Malas untuk  berfikir seketika. Dilihat gambar itu tanpa jemu. Hatinya merasa sesuatu. Kenapa wajah itu serupa seperti dia. Ataukah mata ku yang silap memandang,  mana mungkin aku mengenali dia.  Tapi kenapa jiwa aku rasa gelora saat aku menatap wajah  itu. Tanya Amir pada dirinya.
“Biarlah , abaikan malas nak fikir. Aku Cuma akan  jadikan gambar dia sebagai  sumber ilham ku , biarlah dia wujud dalam ilusi ku. “ terkeluar sebaris ayat dari bibirnya. Dipandang gambar itu sambil terlena.


Sedar  tak sedar  hari ini hari terakhir Tia berada di kampung Opahnya. Rasa sekejap saja percutiaannya .Tia bingkas dari katilnya. Rasa malas nak pulang . Tia mula bermain dengan perasaan. Bertanya sendiri, mampukah aku, kuatkah aku hadapi segalanya nanti. Dia diam seketika, dan pelahan-lahan dia menarik nafas panjang.   “Aku yakin aku boleh hadapi segalanya.  Aku akan buktikan yang aku Tia Hatin Atirah tak mudah mengalah pada kekecewaan.” Jeritnya mencari kekuatan diri. Akhir Tia tersenyum sendiri.

“Tia kalau senang-senang datang  lagi, nanti bawa kereta itu pelahan-lahan. Jangan memandu laju sangat. Ingat biar lambat asal selamat .” pesan opah padanya.
“Yeah opah berita faham.” Sambil kenyetkan matanya memandang opah.
“Opah Tia berangkat dulu ya, takut nanti lambat sampai pula. Opah jaga diri baik-baik, jaga kesihatan . Nanti senang-senang Tia datang lagi. Terima kasih jaga Tia untuk seminggu ni.” Sambil mencium tangan opah.
“Assalamulaikum Opah.”
“Walaiukumsalam hati-hati memandu tu Tia, sampai nanti telefon Opah.”
“Okey opah Tia gerak dulu.”


No comments: