Saturday, 20 July 2013

Gadis Ilusi ( 2 )

Gadis Ilusi 

Hampir seminggu Riz mencari Tia, dia kesal atas apa yang dilakukan pada Tia. Hampir seminggu juga dia tak tenang dengan perasaan bersalah pada Tia. Dia ingin menjelaskan segala-segalanya pada Tia. Rasa bersalah dihati Riz makin mengunung. Hatin dimana Riz nak cari Hatin, Riz betul rasa bersalah dengan apa yang terjadi.  Riz betul- betul  nak minta maaf atas segalanyanya. Jerit Riz Akmal Rizal dalam hatinya.Tanpa sedar ada titisan jernih dipipinya. Disekat airmata itu. Hatinya betul-betul sedih, kerana mempersiakan  dan mempermainkan kesetian Hatin yang setia padanya. Kini dia menyesali akan kecurangan yang dilakukan tanpa disengaja tapi tapi segalanya telah dirancangkan oleh seseorang.  Riz terus dibendung kesalahan diri. Riz mengurungkan diri dikamar,  mencari ketenangan diri.Di ambilnya diari lalu diluahkan isi hatinya ke dalam diari. Agar tenang sedikit dirasakannya.
                            
Hatin.
Maafkan Riz mendustai cinta kita
Maafkan Riz menduakan kasihmu sayang
Riz menyesal dengan segalanya
Riz telalu buta menilai sebuah cinta
Andainya masa bisa diputarkan kembali
Akan ku jaga cinta mu dengan sepenuh hati
Namun masa tak mungkin kembali
Hati yang terluka tak akan mungkin terubati
Cuma aku mohon maafkan aku melukai hati mu
Maafkan aku sayang kerana terpaksa memilih dia
Hatin maafkan Riz..
Terakhirnya ayat Riz dia terus terlelap  dengan rasa salah dihatinya.


Tia kembali bertugas, tetapi kali ini dia lebih berbeza dari  selalu,  dia lebih berkeyakinan lebih postifi  dari yang dulu.  Senyuman dibibirnya menandakan yang dia gembira dengan hidupnya kini.
“Selamat pagi Cik Tia.” Sapa salah seorang staf di pejabatannya
“Selamat pagi En.Amirul.” dihadiahkan seulas senyuman.
Tia terus memasuki pejabatnya,kerana dia yakin banyak kerja yang tertunda menanti disebabkan percutiaannya. Tia masuk lalu duduk di kerusinya , pandangannya terus tertumpu pada meja, fuh begitu banyak fail-fail bersusun, yang perlu disemaknya.
“Emm” keluahan keluar juga dari bibir nya. Bila dia melihat fail-fail dihadapannya.
“Nampak gaya  tak makan tengah hari lah aku hari ini.”
Tia terus mengambil satu persatu fail yang ada dimejanya. Disemak dengan teliti takut ada kesilapan berlaku. Tia kebosanan lalu dipasangkan radio online untuk menghiburkan hatinya yang sedang dilanda kesibukan, sedang asyik dia meneliti fail, pintu bilik nya diketuk. Seakan terganggu fokusnya bila sedang tekun membuat kerja.
“Masuk ,” arah Tia
“ Selamat pagi Cik Tia.” Alia memberi  salam dan terus masuk berjumpa Tia
“Selamat pagi Alia. Ada apa rancangan untuk hari ini ?.” Tanya Tia pada setiausahanya
“Ada Cik Tia, hari ini jam 10pagi meeting bersama Ketua Pengarah dan jam 12 tengahari  pula Ketua Jabatan mengarahkan Cik Tia mewakili meeting yang akan diadakan di Hotel Tang bersama dengan En.Riz Akmal Rizal.” Laju Alia bertutur  cuma tersekat nadanya apabila menyebut nama Riz.
Tia yang dari tadi  tekun mendengar mengangguk tanda faham, namun anggukannya terhenti bila nama Rizal disebut.  Mampukah dia  berhadapan dengan Rizal, sedang hatinya belum pulih sepenuhnya. Namun dia tekad kuatkan dirinya. Dia tetap berpegang pada prinsip hidupnya. Job is job personal is personal. Dia harus bersikap matang dan lebih terbuka,  paling penting dia tak mahu Rizal melihat dia lemah dengan segala yang terjadi. Tersenyum tawar Tia hadiahkan pada alia.
“Ada lagi untuk hari ini Alia?.”
“Tiada Cik Tia, hanya itu untuk hari ini.” Alia menjawap.
“Baiklah terima kasih awak boleh keluar .”
Fikiran Tia terganggu, hilang fokusnya pada fail-fail dihadapanya.  Mampukah aku berhadapan dengan nya . Dalam diam tia membina kekuatan diri bagai menghadapi situasi yang bakal dihadapi sebentar lagi.

Tia melihat jam ditangannya, sebentar lagi meeting akan bermula. Tia menusun semua fail-fail yang belum disemaknya di tepi meja, sebelum dia melangkah pergi ke bilik meeting.
Tia keluar dari pejabatnya dan terus melangkah menuju bilik mesyurat. Di sepanjang jalan menuju ke bilik mesyurat Tia terdengar ada staf  dibahagian permasaran berbisik sesame sendiri bila terlihat dirinya. Tia mengabaikan apa pun pandangan orang padanya. Dia hanya menghadiahkan senyuman pada staf yang mengatanya. Tertunduk malu staf itu.  Dalam hati Tia berbicara. Ingat apa, aku akan mati kalau En Rizal itu tinggalkan aku. Silap orang lah. Ini Tia Hatin Atirah , yang tak akan mengalah pada kekecewaan. Tersenyum puas Tia dan dia merasakan yang dia mampu hadapi apa pun situasi yang akan melandanya kini.


“Selamat pagi semua .” sapa Tia pada semua orang yang ada dalam bilik mesyurat.
“Selamat pagi Cik Tia.” Semua nya menjawap
Tia terus senyum dan terus mengambil tempat duduknya. Sambil menanti kedatangan Ketua Pengarah.  Tia memerhati  sekeliling , dilihatnya semua sibuk dengan telefon masing- masing , ada yang sambil geram bermain game,  ada pula yang  asyik melayani facebook. Tia melihat gelagat semua lalu tersenyum.

Tak lama kemudian pintu pun terbuka. Semua mata memandang ke arah pintu.
“Assalamulaikum selamat pagi semua.” Sapa  Ketua Pengarah pada semua yang berada dibilik itu.
“Walaikumsalam  selamat pagi Datuk .” Semuanya menjawap.
Tia perasaan Rizal memerhatinya, namun tidak di pedulikannya.
Riz memandang Tia yang duduk bertentangan dengannya dan mengharapkan Tia membalas pandangannya. Sedikit kecewa Riz dengan keadaan itu. Dibiarkan juga gelora itu pergi , sekarang ini dia berada di bilik mesyuarat  maka dia harus tumpukan perhatian, dia tak nak mengecewakan ayahnya. Dia telalu menghormati ayahnya.  Riz tahu ayahnya kecewa kerana sikap abang nya yang mementing diri  tidak mahu bekerja disyarikat milik keluarga sendiri. Pesanan Datuk Syaril Faizal kepadanya setelah bertengkar dengan along masih terngiang-ngiang  ditelinganya.
Angah ayah tak nak angah jadi macam along. Tegas suara ayah pada pendengarannya ,  Ayah nak angah ikut cakap ayah.  Ayah hanya ada angah saja sekarang ini.  Ayah harap angah akan jaga syarikat kita , yang kini berkembang  megah dan  ianya menjadi milik keturunan keluarga kita. Angah jangan kecewakan ayah faham !!.
Riz sedar dari khayalan,  Dia terus menempukan sepenuh  perhatian pada mesyuarat yang sedang berlangsung.  Semua senyap,  seoleh semuanya mengambil penuh perhatian dengan apa yang dikatakan Ketua Pengarah. Hampir  sejam berada dalam bilik mesyuarat,  hanya beberapa minit lagi akan tamat bagi mereka yang lain . Tapi  tidak bagi Tia Hatin Atirah dan Riz Akmal Rizal. Sebentar saja lagi mereka terpaksa mewakili syarikat untuk mesyuarat yang akan diadakan di Hotel Tang .

Mereka keluar dari  pintu bilik mesyuarat utama . Riz dan Tia  bersama pemandu syarikat bersiap sedia untuk bergerak.
“Tia Hatin Atirah,” sapa Ketua Pengarah padanya.
“Saya Datuk,” jawap Tia lembut
“Jangan lupa lepas ini Tia dan Riz wakil syrikat kita, jadi tunjukkan yang terbaik faham.”
“Baik Datuk.”
“Ayah angah gerak dulu ya.”
“Datuk kami gerak dulu “. Kali ini Tia lagi bicara
“Ya hati-hati dalam perjalanan.” Pesan Datuk Syaril Faizal


  
MUJURLAH  ada pemandu dan keadaan tidaklah tegang sangat. Tersenyum Tia dalam hati.
Tia yang duduk di bahagia belakang sengaja membaca buku, bagai mengelak untuk berbual dengan Rizal
Riz sesekali memandang kebelakang , kalau ikutkan hati ingin saja dia berbual dengan Tia hal peribadi.  Namun dia amat mengenali Tia, seorang gadis yang sangat berpendiriaan ,  tidak suka bercerita hal peribadi diwaktu kerja . Dia amat memahami  dan menghormati pendirian gadis itu.
Riz melayani perasaan dan dirinya mula beremosi, terbayang kembali diruang matanya kenangan sewaktu bersama Tia.
Ada kecewa mula mekar dihatinya. Namun cepat-cepat ditepisnya , kerana dia akan mengetuai mesyuarat nanti jadi dia perlu kewarasan minda , agar hal nya dengan Tia tidak mempengaruhi mindanya.

Selesai sudah mesyuarat minda bagai kosong,  sekarang yang bermain dimindanya hanya Tia.  Dia ingin berbicara 4 mata dengan Tia tentang permasalahan yang terjadi antara mereka. Tanpa dirancang  niat Riz tercapai, disebabkan pemandu yang membawa mereka belum tiba, maka ada kesempatan baginya untuk berbicara dengan Tia.

“Hatin.” Disebut nama itu penuh sayu
“ Hatin Riz rasa kita perlu berbincang,’’ ujurnya perlahan.
Tia masih lagi membisu, dalam hati mula terusik.
“ Tia Hatin Atirah.” Kali ini Rizal menyebut nama penuhnya.
Dulu sewaktu bersama. Tiap kali Rizal menyebut nama penuhnya. Bererti Rizal dalam keadaan serius.  Maka kali ini Tia menjawab.

“Ye saya En.Riz Akmal Rizal Bin Datuk Syaril Faizal.”di tentang mata Rizal hingga Riz kalah lalu Riz  menundukkan wajahnya memandang lantai. Tia puas, sambil mengomel didalam hati. Apa kau ingat aku takut nak tentang mata dengan kau, tolonglah …. kau ingat aku akan merana tanpa kau disisi aku lagi. Ini Tia Hatin Atirah Rizal, Bukan calang- calang  wanita tak sama seperti wanita lain yang bila ditinggalkan lelaki akan tersengkur dan kalah pada percintaan. Bagi aku memang terasa derita bila kau mendustai cinta , tapi aku faham tentang sesuatu .
 Iaitu takdir tuhan. Aku yakin ada seseorang yang lebih berhak memiliki aku dari engkau Rizal. Bicara Tia didalam hati.

Riz yang dari tadi tertunduk malu, diam membisu mencuba memulakan bicara,
“Hatin, Maafkan Riz dengan apa yang terjadi, Riz tahu Riz salah pada Hatin. Riz lukai hati Hatin, hancurkan impian kita, tapi percaya hati ini masih milikmu Hatin, Cuma Riz telah lakukan kesalahan besar, dan Riz terpaksa terima Elly demi menjaga maruah ayah. Hatin kena faham ayah hanya ada Riz seorang saja. Riz minta maaf atas segalanya. Riz harap Hatin terima dengan terbuka atas segala yang terjadi pada hubungan kita. Ketahuilah Riz masih sayang pada Hatin seperti  selalu. Hatin  adalah cinta pertama Riz, tapi mungkin bukan jodoh kita untuk bersama.”  Riz terus terdiam sambil menanti Tia bicara.

  
Lama Tia berdiam diri. Dia hanya mendengar apa yang dikatakan Rizal.
Pedih juga dirasakan dengan penjelesaan Rizal sebentar tadi. Tia Cuma mengawal perubahan wajahnya agar Rizal menyangka yang dihatinya tiada lagi rasa sayang.
Lama dia mendiamkan diri. Dan akhirnya Tia bersuara.
“Rizal,  Tia terima yang antara kita memang tiada jodoh, dan Tia pasrah pada ketentuaan, sesungguhnya apa yang terjadi ada hikmahnya. Walaupun percintaan kita tak lama,  tapi pengalamannya cukup mematangkan ,  Tia tak kesal atas pertemuaan antara  kita Rizal. Tia juga tak menyesal atas perpisahan yang terjadi antara kita. Tia terima seadanya apapun takdir tuhan , walaupun amat menyakitikan namun Tia percaya ia sebentar cuma . Tia harap Rizal bahagia bersama dia.” Tia menahan airmata dari gugur dipipinya. Walaupun kelopak matanya dipenuh air saat ini, Tia hanya tunduk memandang lantai. Dia tak berani menatap wajah Rizal tika ini.
Suasana sunyi seketika masing-masing melayani parasaan , masing-masing bermain dengan emosi sendiri.


Akhirnya mereka tersedar dari lamunan, bila telefon bimbit  Rizal berdering. Itu tandanya pemandu yang ditugaskan Mengambil mereka sudah sampai. Mereka pun sedia menanti diluar Hotel.
Dalam perjalanan menuju ke  pejabat, pemandu itu hanya memerhati gelagat Tia dan Riz. Dia tahu serba sedikit tentang hubungan mereka. Tapi kini apa yang diperhatikan dua insane, dulu selalu ceria bergurau senda dalam apa juga situasi kini kemesraan itu telah hilang. Dia hanya tersenyum suram .
Dia hanya bersimpati pada Tia. Kerana dia tau Tia adalah orang yang setia. Tapi apa daya,  nak masuk campur urusan pihak atasaannya.  Maka dibiarkan persoalan itu hilang dibawa masa. Dia terus tumpukan perhatian pada pemanduaan.

Sampai sahaja di hadapan pintu utama Syarikat milik Datuk Syaril Faizal.
Kelihatan seorang gadis sedang resah menanti. Dari kejauhan Tia kenal siapa pemilik tubuh itu. Dalam hati Tia mengomel. Dialah wanita yang merampas Rizal.  Dan dialah wanita yang akan menjadi tunang dan bakal menjadi Isteri Rizal tak lama lagi.
Dialah Elly Maisara  Binti Datuk Ahmad Syafiq . Ada rasa hampa dihati Tia. Sambil berkata dihati.  Elly memang layak untuk Rizal,  dari segi taraf,  sama-sama anak Datuk , Aku ni apa yang ada, hanya seorang pekerja bawahan saja. Terasa rendah diri Tia dalam hati . Turun sahaja dari kereta, Dia terus menuju ke tempat letak kereta,  kerana dia belum mampu menghadapi situasi itu.

Tia terus masuk ke dalam kereta dan memandu keretanya keluar dari tapak syarikat itu. Dan Tia terus memandu pulang ke rumahnya.  Tia keletihan , emosinya hilang kestabilan. Malam ini dia hanya ingin berehat. Rehatkan badan dan mindanya.









No comments: