Friday, 23 August 2013

Surat ^__^

For Men

Dunia ini kecil sekali
Tanpa Pertemuan Salam diberi
Disambut tanda aku menghargai
Aku disini kau disana
Tak pernah kenal tak pernah bersapa
Dan tak mungkin wujudnya cinta

Andai memang takdir maha esa
Diaturkan pertemuan tanpa bertemu wajah
Maka terjalinnya cinta
Sejujurnya adakah hati menerima pasrah...
Jawapannya memang jodoh itu rahsia maha esa....

Kalau memang kaulah yang terbaik untuk ku...
Sejujurnya aku terima kau sempurnakan hidupku
Kalau memang kau ditakdir teman baik ku..
Seikhlasnya aku menghargai kehadiran mu..


From Me Girl

Bicara Ku

Semalam kian beransur tua
Setiap hari menyingkap tirai usia
Sendirian merenung masa
Hanya kuntum doa penawar nostalgia

Sejarah silam tak akan kembali sedia kala
Yang pasti kita hargai apa adanya
Bendamkan diri dengan secangkir doa
Moga diri selalu dekat padanya

Masa kian tinggalkan kita
Sampai masa kembalilah kita
Sebelum waktu itu menjemput kita
Sebelum usia dimamah masa
Semoga terbuka hati kita kembali padanya

Bendamkan jiwa dengan sebungkah kesabaran
Demi mengharapkan redha tuhan
Dunia ini hanyalah persinggahan
Moga perjalanan hidup kita diberkati tuhan...

.Bella.

Rindu

Sesekali ada rindu datang menyeru
Diri diam terpaku kaku
Oh rindu kau datang tak sesuai pada waktu
Diam terus membisu
Menerima hadirnya rindu..
Oh bayu...
Bawa rindu ini pergi bersama angin lalu
Sesungguhnya dia bukan milikku..
Biar hanya nama biar hanya wajah tersimpan rapi dikalbu..
Sesekali datang rindu
Dalam sepi ku buka tirai kalbu
Menatap indah wajah dirindu
Dalam diam berdoa selalu...
Moga bahagia mengiringi pejalanan hidup mu.

Bella

IngatiMu

Hati bukan milik ku lagi
Jiwa ini Telah lama dibawa pergi
Jauh jauh dan jauh dari diri
Diri kosong dan sepi
Bagaikan hidup bernadi mati
Kosong kosong tanpa segala rasa lagi....

Bella

Bicara Tanpa Tajuk

Sesekali ada rindu datang menyeru
Diri diam terpaku kaku
Oh rindu kau datang tak sesuai pada waktu
Diam terus membisu
Menerima hadirnya rindu..
Oh bayu...
Bawa rindu ini pergi bersama angin lalu
Sesungguhnya dia bukan milikku..
Biar hanya nama biar hanya wajah tersimpan rapi dikalbu..
Sesekali datang rindu
Dalam sepi ku buka tirai kalbu
Menatap indah wajah dirindu
Dalam diam berdoa selalu...
Moga bahagia mengiringi pejalanan hidup mu.

Bella

.SeSeOrang Yang Lama Hilang..

..SeSeOrang Yang Lama Hilang..

Mengapa diam tanpa bicara
Mengapa sunyi bagai ada yang tak kena
Mengapa mengapa mengapa
Adakah salah ku tak kelihatan dimata
Hingga kau mendiam agak lama
Disapa tak bersuara
Mungkinkah hati terasa
Hingga diam tak menjawap disapa
Maafkan saya
Andainya ada tutur bahasa salah diguna
Maafkan saya
Andai pernah menyusahkan dikau disana...
Kadang kadang rindu itu mendatang
Walau tak pernah di undang
Sahabat sejujurnya kau ku sayang
Dan seikhlasnya aku tak ingin kau hilang...
Hilang dan payah ku pandang..
Kata orang kalau rindu pandang bintang
Tapi tak ku kisah apa orang bilang
Cuma aku rindu kau sekarang....

..Bella..

Lagi Bicara Ku

Dalam tari pena bicara
Dalam kata ingin dikota
Cantik bicara bahasa diguna
Ditutur penuh berirama
Didengar agak terpersona
Itulah bahasa kita
Cantik bahasa cantiklah bicara
Inilah budaya kita
Bahasa melayu sering diutama
Usaha orang dulu jangan dilupa
Memang kita dah merdeka
Tapi tatap saja perlu usaha
Keamanan perlu dijaga
Satu hati perlu bersama
Merdeka ini perlu dijaga usah di sia
Kalau ingin aman selamanya...
Biar kita bersama
Berbeza bangsa berbeda usia
Tapi malaysia perlu dijaga
Agar tidak dijajah semula
Satu hati kita bersuara
Sebagai rakyat satu malaysia
Elakkan sengketa antara kita
Biar aman negara kita
Ini bumi malaysia
Ya allah lindungi malaysia dari segalanya....

Hanya Bicara Ku

Terang cahaya dipandang
Gelap gelita dibuang
Inilah namanya orang
Kalau hanya memandang pada harta dibilang....

Hidup ini sama saja
Jangan dipandang itu harta
Pandanglah pada budi bahasa
Jangan dilihat putih saja
Lihatnya juga pada hitamnya jua
Kita sama kita serupa
Insan yang tak pernah sempurna..

Sekadar Sebuah Rasa

Jejak tari tetinggal sepi
Jejak kaki dipandang sunyi
Tinggal aku tinggal sendiri
Duduk termenung mengenang diri

Malam ini bintang tiada
Bulan pun entah kemana
Kenapa sunyi dirasa
Kenapa derita harus sengsara

Diam diam hati bicara
Bicara tentang sebuah rasa
Lafaz dihati saja
Segalanya nikmat dari maha esa
Syukur atas segalanya...

.#Bella#.

Cakap Saja

Saya memang jahat
So what
Saya memang tak baik
Memang tak baik
Jadi kenapa..
Siapa anda untuk menilai kebaikaan dan kejahatan saya
Sedangkan kita sama mungkin berbeza rupa
Putih putih pun pasti ada hitamnya
Kerana kita memang tak sempurna
Jadi janganlah terlebih egonya
Janganlah menilai dari pandangan pertama...
Sebelum menilai hati budinya...

#.Bella.#

Wednesday, 21 August 2013

Bas Jatuh Gaung: 10 Mayat Sudah Ditemui, 15 Cedera

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa kejadian selepas sebuah bas ulang alik Genting-Kuala Lumpur terhumban ke dalam gaung di KM3.5 menghala Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.45 petang tadi.
 

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menjalankan kerja menyelamat mangsa selepas sebuah bas ulang alik Genting-Kuala Lumpur terhumban ke dalam gaung dekat KM3.5 Jalan Genting berhampiran Tokong Chin Swee di sini petang ini. 


PASUKAN penyelamat sedang mengeluarkan mangsa nahas
 
BENTONG: Setakat ini 10 mayat sudah ditemui manakala 15 lagi cedera apabila bas ulang-alik ke Genting Highland terhumban ke dalam gaung sejauh 60 meter di Kilometer 3.5 Jalan Genting-Karak, di sini, sebentar tadi.
Jurucakap Balai Polis Genting berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, anggota Bomba dan Penyelamat masih berusaha mengeluarkan baki mangsa dalam bas terbabit.
Difahamkan, bas berkenaan membawa 49 penumpang termasuk pemandu bas.

Bas perkhidmatan ulang-alik ke Genting itu terhumban ke dalam gaung ketika menuruni laluan berkenaan untuk menghala ke Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Monday, 5 August 2013

KASIH JANGAN KAU PERGI

Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meningggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi

Saturday, 3 August 2013

RM5 Duit Raya Hanya Daftar Percuma

RM5 Duit Raya Hanya Daftar Percuma

Assalamulaikum 
Wah ... ada duit raya menanti kepada mana-mana blogger yang masih belum daftar percuma dengan 8Share. Haaa .. tak tahu mengenai 8Share ke? Dulu dikenali sebagai SAYS Malaysia, tetapi telah dicabangkan hanya untuk fokus memberikan ganjaran kepada mereka yang berkongsi perkara menarik di dunia internet.

Saya sendiri, alhamdulillah, dapatlah sedikit income menerusi 8Share ini. Dan seperti biasa, kalau anda tanyakan mengenai tips, jawapan saya ialah jangan malas - perlu buat kerja. Senang je nak dapat duit online dengan 8Share ini. Anda hanya perlu kongsikan apa yang anda minat, kalau anda tak suka, tak perlu nak kongsi. Kerana apa? Hanya dengan minat inilah yang akan dorong anda supaya tidak malas. Ada passion nak buat kerja.

Saya sendiri memilih mana-mana promosi yang sesuai untuk dikongsikan. Tak perlu tamak, kerana tamak ini akan memberikan kerugian. Jadi, pilih iklan atau perkongsian yang anda fikir anda suka nak kongsi, boleh cerita punya; kalau ada pengalaman sebenar mengenainya lagi bagus. Itu akan bantu anda untuk mempromosikan setiap perkongsian anda, dan anda dibayar bagi setiap klik!


RM5 Duit Raya Hanya Daftar Percuma


Ok, promosi khusus ditawarkan oleh 8Share. Hanya untuk Aidilfitri ini, dan tarikh tutupnya ialah pada hari Rabu, 7 Ogos 2013. Bila daftar sahaja dengan 8Share, anda terus dapat RM5. Dan kalau anda ajak kawan anda daftar pula .... dan kawan anda dapat RM10 hasil daripada perkongsian 8Share, anda akan terima lagi RM5... dan seterusnya. Tapi, mesti sebelum 7 Ogos 2013. Lepas tu, tawaran ini sudah tiada lagi.

Lagi banyak pendaftaran, lagi banyak perkongsian, maka makin banyaklah duit raya yang anda akan dapat!

Belum daftar dengan 8Share? Rugilah, dia macam Churp Churp gak, meh daftar sini dan dapatkan RM5 anda itu secara percuma- http://bit.ly/14pIBGu


P/S :MARI-MARI KITA REBUT PELUANG INI!!