Wednesday, 21 August 2013

Bas Jatuh Gaung: 10 Mayat Sudah Ditemui, 15 Cedera

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa kejadian selepas sebuah bas ulang alik Genting-Kuala Lumpur terhumban ke dalam gaung di KM3.5 menghala Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.45 petang tadi.
 

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menjalankan kerja menyelamat mangsa selepas sebuah bas ulang alik Genting-Kuala Lumpur terhumban ke dalam gaung dekat KM3.5 Jalan Genting berhampiran Tokong Chin Swee di sini petang ini. 


PASUKAN penyelamat sedang mengeluarkan mangsa nahas
 
BENTONG: Setakat ini 10 mayat sudah ditemui manakala 15 lagi cedera apabila bas ulang-alik ke Genting Highland terhumban ke dalam gaung sejauh 60 meter di Kilometer 3.5 Jalan Genting-Karak, di sini, sebentar tadi.
Jurucakap Balai Polis Genting berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.
Katanya, anggota Bomba dan Penyelamat masih berusaha mengeluarkan baki mangsa dalam bas terbabit.
Difahamkan, bas berkenaan membawa 49 penumpang termasuk pemandu bas.

Bas perkhidmatan ulang-alik ke Genting itu terhumban ke dalam gaung ketika menuruni laluan berkenaan untuk menghala ke Kuala Lumpur.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 2.45 petang tadi.

No comments: