Friday, 3 January 2014

TakDir Itu Milik Aku

Takdir Itu Milik Aku

Kedengaran Kicauan burung mendamaikan hati ku. Meski  Semalam ku dengar ada suara penghinaan tentang takdir ku.Aku menghela nafas. Sebak itu wujud. Dalam sedar titisan jernih mengalir di pipi. Aku terkilan, mereka menilai tanpa mengetahui perkara sebenar. Aku diam bila ditanya.siapa mereka untuk mengetahuinya lagi bila menilai aku tanpa bertanya.

Aku teruskan hari ,hari yang perlu dilalui,aku ketepikan  semua hinaan,walau sakit dihati senyuman tetap ku berikan.Kerana,aku sedar siapa aku untuk menghukum mereka bersuara. Hak itu milik mereka.bersuara itu hak mereka.Maka Aku biar Mereka  bersuara  tanpa bantahan.Diam itulah jalan penyelesian.

Makin hari makin terasa.sebaknya hingga terasa dilubuk jiwa.menjerit hati tak kedengaran.ketidakpuasan rasa tersimpan.ku pejam mata sambil menghela nafas,mencari kekuatan.
Dalam kehibaan berbisiklah diri kepada hati. Tabahlah duhai hati menghadapi dugaan .sesungguhnya takdir itu anugerah terIndah darinya.

Sekali lagi Bicara mereka membuat ku tersentap .Ya Allah, hina sangatkah aku dipandangan mata mereka.sehingga mereka mengatakan  aku sedemikan rupa.ya allah  berat dugaan ini namun itulah takdir ku Miliki yang engkau cipta dalam kehidupan sementera ku. Dalam tanggis tak kedengaran ku belari jauh dari kehidupan.membawa diri  mencari ketenangan. Mengharap ketabahan ku tak runtuh dengan dugaan.ku percaya nanti lambat laun kebenaran pasti kelihatan,biar sekarang terlindung dibalik pandangan.wahai hati ku mohon sekali lagi tabah menghadapi..

Engkau perempuan tak guna.engkau perempuan tak bermaruah,engkau perempuan menyakitkan mata,engkau perempuan gila harta,engkau perempuan gila jejaka, engkau perempuan menghancurkan hidup manusia.engkau perempuan memalukan ibubapa ,engkau memang ditakdirkan untuk dihina,bukan untuk dipuja ,tanpa henti mereka berkata ,kedengaran riang gelak ketawa.
Titisan jernih membuatkan ku Terjaga  dari terus  bermimpi ngeri. Ya allah mengapa mereka menghina aku sedemikan rupa.sedangkan rupa ku tak secantik mana.aku dilahirkan didunia dengan sifat engkau anugerahkan sempurna,sama seperti mereka yang engkau ciptakan sempurna.
Mengapa aku dihina bila ramai yang suka? Mengapa aku dikata jika bahasa baik aku guna? Mengapa mereka tidak menyukai aku sedang aku menyanyangi mereka.? Mengapa mereka perlu membuat cerita sedangkan segalanya tak wujud dipandangan mata.?Mengapa mengapa jeritan ku tak bersuara.

Lama ku berfikir,lama ku mendiam,cuba mengelak diri dari berdendam,biar hilang biar tenang segalanya itu memang milik terlarang.Dan sekarang ku faham hinaan itu Cuma ujian,menguji ketabahan mengharungi dugaan darinya.Kerana ketabahan itulah kekuatan. Dan kekuatan jiwa itulah menguji diri kita menerima takdir tuhan.benar bicara orang dulu tanpa kepahitan tak akan wujudnya kemanisan.
Terima kasih atas hinaan kerana penghinaan itulah member kekuatan meneruskan kehidupan untuk membuktikan kebenaran Bahawa Allah saja lah yang lebih berkuasa.menghentikan segala sengketa.
Hingga membuat semua orang membuka mata,diam hingga hilang kata ,mati bicara,susah bersuara tamatlah sandiwara. Sesungguhnya kesabaran itulah kemenangan , perlu pasrah menerima dugaan ,kerana kenangan pasti tercipta dalam kehidupan. Ya Allah Terima Kasih kerana hinaan aku Berjaya harungi kehidupan kerana hinaan aku Berjaya perolehi kejayaan. Terima kasih ya Allah ku yakini takdir itu milik ku.



No comments: