Friday 26 July 2013

Gadis Ilusi > 3

Gadis Ilusi

AMIR  sekali lagi pergi ke pantai, dimana tempat yang sebulan lalu dikunjunginya. Harapan dihati moga dapat bertemu kembali dengan gadis yang ditemuinya sebulan lalu. Puas dia menanti tapi tiada tanda  gadis itu muncul .
Amir kehampaan , selesai saja mengambil  gambar dia terus pulang .
Sampai saja dirumah dia baring menatap gambar yang tergantung didinding kamarnya. Hati Amirberkata, kemana harus ku cari wanita ini, kenapa dia selalu hadir dalam mimpi ku, sedang aku tidak mengenalinya. Ditutup wajahnya dengan lengan lalu dipejamkan mata,cuba untuk menafikan apa yang kini melanda hatinya. Amir lena diulit mimpi hingga tersedar disiang hari.

Amir terjaga bila jam loncengnya berbunyi. Amir terus bangun dan menuju ke bilik mandi, selesaimandi , Amir terus tunaikan solat fardu subuh.  Selesai solat Amir terus bersiap untuk ke pejabat dia ingin bergerak awal ke tempat kerja hari ini.
Danhari ini adalah hari pertama dalam hidupnya pergi kerja tanpa bersarapan.
Selalu bersarapan dirumah bagi Amir satu kewajipan. Dihatinya mula merasa pelik Dalam perjalanan Amir terasa lapar, diberhentikan keretanyasebentar, untuk  singgah  di salah sebuah warung  yang terletak tidak jauh dari tempat kerjanya.
Sampai saja di warung Mak Jah, iaitu warung yang selalu menjadi pilihan Amir juga rakan-rakan sepejabat dengannya bila tiba waktu makan tengah hari. Kerana hanya warung itu saja berhampiran tempat kerja mereka.


“Mak Jah Amir nak nasi goreng kampung pedas satu, dan milo suam satu. “Jerit Amir dari tempat duduknya.
Sudah menjadi kebiasaan baginya memesan begitu, warung Mak Jah adalah tempat dia melepak bersama rakan-rakan pejabatnya, sama ada waktu berkerja mahu pun waktu cuti. Warung itulah menjadi tempat pertemuan mereka.Bagi  Mak Jah dia sudah biasa kerana memang  Amir yang selalu ke situ.
Sambil menanti makan tiba , Amir melihat kemeranya, di tekan kiri kanan untuk melihat gambar yang ada didalamnya, Amir tersenyum sendiri. Dia berpuas hati dengan gambar yang diambilnya semalam.  Di pegangnya kemera sambil mengambil  gambar  di sekeliling warung Mak Jah, Disebabkan ini kali pertama dia bersarapan pagi di warung Mak Jah , selama ini hanya waktu rehat dan selepas waktu berkerja sahaja dia akan ke warung itu. Sedang leka dia mengambil gambar , kedengaran  ditelinganya gelak tawa beberapa orang gadis , bagi Amir  mungkin mereka juga bekerja berhampiran , ataupun mereka hanya singgah membeli sarapan di warung Mak Jah. Ialah warung Mak Jah terkenal juga dengan masakkan lebih kepada ala kampung. Amir tersenyum melihat gelagat gadis-gadis itu. Lalu ditekan kemeranya  berberapa kali mengambil gambar gadis-gadis itu, niatnya hanya suka-suka untuk dijadikan koleksi dalam koleksi peribadinya. Sedang leka dia mengambil gambar tiba-tiba dia terlihat gadis yang dicarinya semalam.



AMIR terpaku melihat kecantikan gadis itu, kali ini Amir melihat secara hampIr.
Lalu Amir mengambil gambar gadis itu berkali-kali tanpa disedari gadis itu. Selasai saja membeli sarapan,  gadis itu terus berlalu pergi .
Amir melihat gadis itu pergi hingga ia hilang dari pandangan .
Amir merasa jantungnya berdegup laju, dia mula rasa gelora dan mula bertanya pada dirinya .
Kepada dengan aku, kenapa tiap kali aku melihat wajah itu, aku rasa gelora semacam.
Gadis itu tak ku kenali dan ku gelar gadis itu sumber ilham ku, 
Gadis yang wujud dalam ilusi ku.Tapi kenapa hanya gadis itu yang bisa membuat jantungku berdegup laju. Amir kebinggungan .
Adakah kerana wajah itu menyerupai sesorang, yang membuatkan dia kerinduan. Atau memang gadis itu ditakdirkan untuknya. Amir cuba mencari kepastian.


“En. Amir ini pesanan En.Amir nasi goreng kampung pedas, selamat menjamu selera ,” kata salah seorang pelayan yang menghantar makanan ke meja Amir.
Amir tersedar dari khayalan, dengan pantas dia menjawap.
“Terima kasih kak.”diucapkan penuh santun pada pelayan itu.


Tia mengomel sendiri, kerana terpaksa berpusing jauh dari tempat kerjanya, semata-mata nak ke warung  Mak Jah, membeli sarapan  untuk  Alia yang sedang mengandung  anak pertama , dengan usia kandungan Alia baru 4 bulan . Tia kasihan pada Alia yang mengidam nak makan nasi goreng kampung, tapi yang peliknya nak juga nasi goreng  kampung di Mak Jah,
 “Emm susah juga mengandung ni, macam-macam diidam,”tercetus keluar kata-kata itu dari bibir Tia,walaupun dia hanya Keseorangan dalam kereta.

Tia terus memasuki kawasan syarikat Datuk Syaril Faizal, dan terus menuju ke kawasan tempat letak kereta bagi staf-staf syarikat itu.Dipaking keretanya dibahagian khas untuk nya.Tia terus bergerak masuk melalui pintu utama syarikat itu.Sempat juga dia bertembung dengan Riz. Tapi tetap Tia tak menyapa Riz,
Tia terus berlalu dengan laju memasuki pintu life untuk naik ke bahagian pejabatnya.
Sampai saja di pejabat Tia terus mencari Alia, dengan membawa nasi goreng kampung idaman Alia.


“Anuar, ada nampak Alia tak?, kalau nampak dia suruh dia masuk ke bilik saya.” Arah Tia pada salah satu kakitangan dibawah jagaannya.
“Baik Cik Tia, nanti saya bagitahu Alia.” Jawap anuar.
Tak lama kemudian pintu Tia di ketuk dan dikuak perlahan.
“Masuk,” arah Tia.
“Assalamulaikum selamat pagi Cik Tia,” sambil Alia tersenyum manis
“Walaikumsalam Puan Alia ,”Tia menjawap sambil membalas senyuman Alia.
Tia dan Alia walaupun berbeza pangkat ,tetap saja hubungan mereka rapat, disebabkan Alia adalah setiausaha Tia. Maka  Alia lebih memahami sifat dan apapun kemahuan Tia dalam soal kerja.

“Nah, nasi goreng kampung, jauh ni Tia beli, sana warung Mak Jah.” Sambil menghulur bungusan itu pada Alia.
“ Wow biar betul kau ni Tia ??, betul kah nasi goreng kampung dari warung Mak Jah ni?.” Tanya Alia seakan tak percaya, yang bosnya sangguh pergi jauh-jauh ke warung Mak Jah semata-mata dia mengidam  makan masakan Mak Jah.

“Eh…Betullah Alia, tadi Tia singgah sana sebelum gerak pergi kerja, tu yang terlambat sikit ni, tahu-tahulah waktu pagi macam ni kan jalan tu sesak. Tia kasihan Alia kan dah berapa hari mengidam nak makan nasi goreng  kampungMak Jah tu.  Jadi Tia singgahlah sebentar disana.”Jelas Tia pada Alia, dan mengharapkan ibu mengandung itu percaya yang tapau yang dibelinya itu benar-benar dari warung Mak Jah.

“Betulkah.”Alia masih kurang percaya.Lalu dibukanya tapau itu dan dihidunya bau masakan itu.
Dengan wajah yang tersenyum lebar sampai ke telinga senyumnya. Dia menganngguk tanda percaya apa yang Tia katakna.
“Tia , terima kasih banyak . Akhirnya tercapai juga aku makan masakan Mak Jah.”Sambil dipeluknya tubuh Tia tanda berterima kasih.Tia hanya tersenyum dan mengangguk.
“Sudah pergilah makan dulu Alia, nanti sejuk pula nasi tu, tak sedap lagi.”Arah Tia pada Alia.
“Baik boss .” jawap Alia sambil tabik tangannya pada Tia tanda faham.Tia memandang sambil ketawa dengan gelagat Alia.


 Amir  kebinggungan, bagaikan tak percaya yang dia akan bertemu gadis ilusinya. Semalam seharian dia menanti ditepian pantai dengan harapan gadis itu muncul.
Tapi kehampaan .Sebaliknya hari ini tanpa diduga dia bertemu dengan gadis ilusi yang selalu hadir dalam mimpinya.  Amir terus melayani perasaan, sambil melakar  lukisan gadis itu disekeping kertas.
Dan ditulisnya ayat yang terlintas difikirannya tika itu,  ditepi lukisan yang dibuatnya



“Amir !!” Sofi memanggilnya
Amir masih dalam khayalan. Fikirannya masih melayang didunia fantasi.Sekali lagi Sofi memanggilnya
“Amir “
“ Oh sory Sofi, kau panggil aku ke? “ Tanya Amir.
Sofi kebinggungan,  apa kena si Amir ni, tak pernah begini, tak akan dia ada masalah, tak mungkin , selalu dia akan berkongsi . Berkata sofi dalam hati.
“ Kau kenapa Amir,  kau ada masalah ke? , dari tadi aku lihat kau asyik termenung , aku panggil beberapa kali tak bersahut. Kenapa?.” Bertanya Sofi pada Amir
“Erk… tak ada masalah  pun, kau ni Sofi ada je yang tak kena kan.” Senyum Amir pada sofi.
“Tak adalah aku pelik ,hari ini kau semacam je, dari tadi pagi masuk kerja sampai sekarang ni asyik termenung, tu yang risau tu. Baguslah kalau tiada masalah, tapi kalau kau ada nak kongsi , aku sedia jadi pendengarnya.” Kata Sofi, walau dia  tahu Amir memang seorang yang sukar untuk berkongsi cerita.
“Terima kasih Sofi , aku okey lah. Kau jangan fikir bukan-bukan pulak.” Amir cuba menafikan.  Kenyataan yang dia memang  dalam kekeliruan ,  tapi disebabkan sifatnya yang tak suka berkongsi,  membuatkan dia lebih suka mendiamkan diri.
“Baguslah kalau kau okey  , dah jom kita pergi makan. Lapar ni”, Sambil memegang perutnya memandang Amir. Amir hanya ketawa ,dia tahu Sofi  kelaparan.
“ Yalah-yalah jom lah keluar “ jawap  Amir.

No comments: