Thursday, 1 August 2013

Gadis Ilusi ) 4

GADIS ILUSI

Tia yang tekun menghadap komputernya , sesekali  dia menyemak fail yang berlambak-lambak dimeja, bagi memastikan data yang dimasukkan adalah betul. Sedang tekun  menyiapkan kerja, tiba-tiba pintu diketuk.
“Masuk” arah Tia, tanpa memandang kearah pintu. Difikirannya itu pasti Alia.
Riz terus menuju ke arah meja Tia, Tia masih tak memandang,  dia sibuk menyiapkan kerjanya.
“ Ada apa Alia ?” Tanya Tia
Riz hanya memerhati Tia. Tia hairan kenapa Alia diam, dia terus memandang sambil bertanya sekali lagi.
“Ada apa Alia??” kali ini dia terperanjat, fikirnya yang masuk tadi adalah Alia setiausahanya, tapi dia silap yang dihadapan kini adalah Riz Akmal Rizal  anak kepada  Datuk Syaril Faizal pemilik syarikat tempat dia berkerja.
Terdiam saat pandangan bertaut. Tia dilanda gelora , dia tidak bersedia untuk bersemuka dengan Rizal.
Apa daya dah dihadapan mata, hadapi saja lah . mengomel Tia didalam hati.
Sebetulnya dia benci  menghadapi situasi itu. Tapi dia juga tak nak dipandang lemah dimata Rizal.
Dengan selamba Tia mula bersuara.
 “ Ada apa En. Riz Akmal Rizal Bin Datuk Syaril Faizal”. Tia sengaja menyebut nama penuh Rizal.  Riz mendengar terus menatap wajah Tia. Dia amat memahami  bila Tia menyebut nama penuhnya. Dia tahu gadis itu masih marah padanya .  Riz terus menundukan wajahnya,

  
“Hatin” Riz memanggil Tia
Tia diam masih menanti apa yang ingin dikatakan Riz.
“Hatin Riz rindukan Hatin, Riz betul-betulkan rindukan Hatin, Riz tidak mampu menipu hati Riz lagi. Riz masih sayangkan Hatin. Riz mohon Hatin memahami hati ini.” Akhirnya Riz meluahkan apa yang terbeku didadanya.
Tia mendengar seakan gugur jantungnya. Dia tak menyangka yang Riz benar-benar berani menyatakkan perasan rindu padanya. Tia terkedu lidahnya seakan kelu nak bicara. Sejujurnya dia pun kerinduan , situasi sepi seketika.
“Rizal” agak lama baru Tia menjawap.
“ Tia memahami dan sejujurnya Tia juga merindui. Tapi apa daya kita.
Takdir sudah tertulis yang Elly lebih berhak memiliki Rizal dari Tia.
Kita harus belajar terima kenyataan, walau ianya amat menyakitkan, segalanya kita perlu hadapi dengan penuh kematangaan.
Kita harus terima kenyataan Rizal,Yang antara kita sudah tiada apa lagi hubungan istimewa selain hubungan rakan sekerja.
Rizal harus berlajar terima kesalahan, terima kenyataan yang segalanya memang ditakdirkan.” Luah Tia dengan penuh perasaan. dia tak tahu dari mana datangnya kekuatan, hingga dia mampu mengatakan sebegitu dengan Riz.
Mungkin bagi Tia hatinya sudah tertutup untuk menerima Riz kembali.
Riz yang mendengar menarik nafas panjang. Dia mengerti yang Tia sudah menutupi hati, untuk menerimanya kembali, tapi juga mengakui apa yang dikatakan Tia. Menghadapi kesalahan yang dilakukan , dan menerima kenyataan yang antara mereka sudah tiada lagi hubungan istimewa.
Riz masih mendiam tanpa ada bicara, dia masih mencari kekuatan dan berfikir apa harus dikatakan kepada Tia.


Dalam masa yang sama Elly Maisara datang ke pejabat Riz.  Sampai saja didalam bilik Riz dia terus bertanya pada setiausaha Riz.
“Hanim En Akmal mana?.” Hanim mendengar seakan kelu nak menjawap,  dia hanya memandang Elly sambil mengangkat bahunya tanda dia tak tahu ke mana boss dia pergi.
Elly tak puas hati. Ditanyanya lagi.
“Tak akan kau tak tahu,kau kan setiauasaha dia.Boss sendiri pun tak tau ke dia pergi mana??” jerit Elly pada Hanim.
Hanim kalut dijerit sebegitu. Dalam hati dia benci dengan perangai mengada-ada Elly, sempat juga dia mengata dalam hati.
Mentang-mentanglah engkau anak datuk suka suki hati kau je lah jerit-jerit orang, nama je belajar tinggi sampai ke luar Negara, tapi budi bahasa tiada.
Gagal  betul kau jadi manusia. Diluahnya dalam hati dengan penuh perasaan geram . Lama baru dia menjawap.
“Cik Elly Maisara Binti Datuk Ahmad Syafiq, saya ini memang setiausaha En. Rizal dalam urusan kerja,  akan tetapi Cik Elly kena tahu, saya bukan setiausaha dia dalam hal-hal peribadi  faham.” Jelasnya pada Elly. Puas hatinya melihat Elly menjadi marah.
“Berani awak kata begitu dengan saya.” Dengan perasan marah sambil menunjuk-nunjuk jarinya selaras wajah  Hanim. Sambil berlalu keluar dari pejabat Riz.


Dengan perasan marah Elly mencari-cari telefon bimbit dihand begnya.
Sambil otak berfikir kemana Riz menghilang. Dicari nama Riz dan cuba menghubungi.
Namun gagal. Elly mula geram tapi sempat dia berfikir. Tertiba dia terfikir tentang Tia, mindanya terus berfikir. Dan hati nya kuat menyatakan yang Riz  pasti ada bersama Tia. Dia tahu yang Riz masih sayangkan Tia. Elly terus menuju ke pejabat Tia.
Alia cuba menghalang Elly memasuki bilik Tia. Namun tak terdaya dengan keadaan nya yang berbadan dua.


Elly terus memasuki bilik Tia, diikuti Alia.

“Maafkan saya Cik Tia, saya cuba menghalang tapi.” Alia cuba menjelaskan keadaan itu dengan Tia.
Tia dan Riz terkejut dengan kemunculan Elly.

“Tak mengapa Alia awak boleh keluar.” Tia memahami dan mengarahkan Alia keluar.
Tia dan Riz berpandangan. Tia rasa gerun memandang wajah garang  Elly , dia tahu Elly sedang dikuasai perasaan marah.

“Disini rupanya you, puas I cari u Akmal, I cal You tak dapat, rupanya you dengan betina ni. Berdua-duaan lagi.” Marah Elly pada Riz.
“I ada urusan kerja yang perlu dibincangkan dengan Hatin, sebab tu I datang ke sini jumpa dia. You ni asyik fikir bukan-bukan je.” Jawap Riz.
“Ohh you ingat I nak percaya, I tahu you sayangkan betina ni lagi, I kenal you Akmal. You jangan nak menipu. You jangan lupa perjanjian antara keluarga kita, you ingat itu. “ jerit Elly dengan Riz

Tia hanya memerhati. Dalam hati dia mengomel. Suka suki kau panggil aku betina ,aku ni wanita lah ,  ini lah manusia belajar tinggi sangat sampai tak tahu nak bezakan manusia dengan bsinatang. Marah Tia dalam hati.

“Bagus kalau you kenal siapa I, memang I masih sayang Hatin, so what,  you nak buat apa.?? Cik Elly Maisara Binti Datuk Ahmad Syafiq, I tak pernah lupa pada janji. Disebabkan janji itulah sekarang ini terjadi.” Riz meluahkan  rasa geramnya dengan sifat tak matang Elly. Dia tahu kesalahan yang dilakukannya dirancang oleh Elly, kerana janji antara keluarga dia terpaksa mengalah , dia terpaksa berpisah dengan Tia gadis yang amat dicintainya. Elly yang cuba meraih cintanya namun sukar mendapatkannya ,menyebabkan Elly merancang sesuatu diluar fikiran .
Yang  tanpa diduga nya, membuatkan dia bertangungjawap atas kesalahan yang dirancangkan oleh Elly.

Tia mendengar jadi kaku, Janji  antara keluarga. Tanyanya dalam hati.
Saat mindanya masih ligat berfikir, Elly sudah menghampirinya.


“ KAU  betina memang tak tahu malu, sedar sikit taraf kau tu, kau tu bertaraf biasa, tak setaraf dengan kami. Jadi jangan berangan nak jadi menantu Datuk Syaril Faizal.” Kata Elly dengan marah pada Tia

Tia mula hilang kesabaran lalu dibalas kata Elly dengan penuh sindiran.

“Emmm siapa yang betina awak panggil?? Saya ke?? Atau awak yang betina Cik Elly Maisara?? Awak dengar sini betul-betul Cik Elly Maisara Binti Datuk Ahamd Syafiq.  biar saya tak sama taraf dengan awak dari segi kekayaan sebab kekayaan bukan dapat menjanjikan kebahagian yang hakiki, walau kaya tapi hati miskin tak guna. Biarlah saya miskin asal saya kaya budi bahasa. Lihat diri awak, berpelajaran memiliki kekayaan, tapi sayang kurang budi perkerti, adakah orang akan menghormati???. Saya tak akan menagih kembali pada kasih yang telah pergi. Awak tak perlu risau, kerana saya pasti ada yang lebih berhak memilik saya selain Rizal.” Tia lepaskan segalanya.

“Kurang ajar kau betina” Elly mula tercabar, dengan pantas tangan nya mula nak menampar Tia, Tapi dengan pantas Riz menghalang. Lalu ditarikannya lengan Elly dan dipaksanya keluar dari bilik Tia.

Tia kaku dikerusi tanpa sedari airmatanya mula mengalir, hatinya benar-benar terusik dengan kata-kata Elly yang menghinanya. Alia terus meluru masuk ke bilik Tia, diperhatinya Tia menangis ,lalu dipeluk tubuh Tia member  semangat, dia mengerti bebanan yang dialami Tia amat berat dilalui.
Ini lah pertama kali dia melihat Tia menitiskan airmata. Dia cuba tenangkan Tia.


Keluar sahaja dari ruang pejabat Tia ,Riz terus bertengkar dengan  Elly, dia amat geram dengan perangai Elly. Elly marah terus berlalu menuju ke keretanya.
Riz membiarkan Elly pergi, bagaikan tiada perasan.
Riz terus berlari naik ke atas. Dia benar-benar risau dengan keadaan Tia.

Elly terus menanggis, dia sedih Riz tak pernah menghargainya. Dari kecil sampai sekarang dia memang menyukai Riz ,  memang menyayangi Riz, tapi Riz tak pernah sedikit pun cuba memahami perasannya. Hingga dia sanggup berbuat pelbagai cara semata-mata untuk mendapatkan Riz. Dalam kesedihan Elly memandu laju keretanya dan air mata masih menitis dipipinya. Elly cuba tenangkan diri dengan menarik nafas panjang. Dia tak boleh putus asa untuk meraih cinta Riz.
Baginya Riz  hanya layak untuknya.  Setelah ketenangan  mula dirasakan di pun keluar dari kereta  untuk bersiar-siar di taman mencari ketenangan.

No comments: